Tuesday, June 15, 2010

::Aktiviti ku di Musim Cuti Sekolah::

Salam sejahtera buat teman-temanku di luar sana.. entry kali byk dicoretkan berkisarkan tentang aktiviti saya di musim cuti sekolah ini. Para pelajar mengambil peluang pulang ke kg halaman dan ada juga sibuk dengan program-program Motivasi terutamanya pelajar yang akan menempuhi SPM dan PMR pada tahun ini. Saya juga tidak terkecuali sibuk dengan jemputan-jemputan menjadi trainer kepada program-program motivasi.

Selepas saya berada di Utara iaitu Perlis dan Kedah bukan semata-mata pulang ke kg halaman tetapi bersama-sama belia Negeri Kedah mengajurkan program untuk belia disana. selesai sahaja program ku disana. saya terus pulang ke shah alam menuntut saya dan bertanggungjwab dalam program Kem MOVIS KAFA Ibnu Sina selama 3 Hari 2 Malam. Kali ini Master Trainer menjadi tanggungjawabku untuk membawa mass kepada para pelajar seramai 68 Orang. Serta bertanggungjwab terhadap 7 orang fasilitator yang lain.

Program bertujuan memberi motivasi kepada para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR yang akan tiba tidak lama lagi. selain daripada itu memberi mereka persiapan dari fizikal, Rohani dan Jasmani. Aktiviti - aktiviti seperti Water Confident, Obstacle Course,Jungle Treaking dan Rimba Malam menguatkan mereka dengan Persiapan fizikal. Persiapan rohani seperti Qiayamulai serta berzikir Munajat turut diselitkan. Rata-rata para pelajar yang terdiri daripada darjah 6 dan 5 adalah kali pertama menghadiri program seumpama ini. Mereka perlu didedahkan dengan program sebegini bagi menguatkan diri mereka dengan dunia luar.




Selesai sahaja program ini... saya terpaksa pula pulang ke johor melawat Ibuku. Aku sudah berjanji bahawa aku akan pulang ke johor selepas selesai program ku di shah alam. Pada 25 hb June 2010 sehingga 27hb June 2010 company saya mendapat program di SMK Puncak Alam.


Program ini merupakan kali kedua saya mendapat di sekolah yang sama serta tujuan yang sama. Tetapi kali ini dikuatkan dengan barisan fasilitator yang berpengalaman. Semoga perjalanan program berjalan dengan lancar hendaknya. Kali ini saya bertindak sebagai Pengarah Program bagi melicinkan program kali ini. diharap juga dengan kerjasama bersama Azana serta barisan fasilitator yang dilantik dapat menjayakan program ini dengan jayanya.

Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya

p/s: Kulit ku habis rosak digigit nyamuk hutan

Saturday, May 22, 2010

::Kebahagiaan dalam Perpisahan::

Salam buat sahabat-sahabatku.. lama tidak bersua muka. sekarang saya sibuk membantu kelab Rakan Muda mengadakan program - program belia supaya dapat mengisi masa-masa lapang belia di negeri kedah.. 22hb Mei sempat bersama rakan Muda Kedah bersama -sama belia bermain futsal anjuran Rakan Muda Kedah bersama Kementerian Kesihatan Negeri Kedah. Sebanyak 14 Pasukan bermain secara kalah mati.. Pertandingan ini diadakan di Padang Futsal Taman Aman. Pagi yang hujan renyai-renyai tidak menghalang Belia menunjukkan kesungguhan bermain secara agresif.. Penutup dihadiri oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kedah..


Kepulangan ku di Kampung Halaman Ku adalah untuk mengadakan majlis Tahlil dan bacaan Yassin untuk Ibuku yg tercinta.. Sudah 2 tahun pemergian beliau disisi kami sekeluarga. Majlis ini diadakan di Madrasah Tahfiz Derga yang kebanyakan dihadiri penduduk berhampiran.. Allahamdulilah segala perjalanan Majlis berjalan dengan lancar. Seramai 150 orang menghadiri Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin untuk Arwah Ibuku.. semoga ibuku ditempatkan sebaris dengan para solehan disana.. Segala kata-kata ibuku akan ku bawa sehingga mati..

Semalam sempat saya menonton AF8. tetapi sebenarnya saya tidak sangat menyukai AF8 tetapi kerana AF8 sekarang pengetuanya adalah Norman Abd Halim. Kumpulan KRU yang saya memang meminati sejak kecil lagi seusia 8 tahun. Tiba-tiba saya teringat sesuatu apabila mendengar lagu yang diyanyikan oleh Shahir yang juga pemenang AF8 musim ini. 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan'.. lagu ini yang dihasilkan oleh Edry Abd Halim sebenarnya menyentuh hati saya.. teringat saya tentang kisah silam saya.. kisah aku bersama dia..

Kebahagiaan Dalan Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Sunday, May 9, 2010

::Perasmian Kelab koperasi Alumni UiTM dan Restoran Mo'men::

Keseronokan didalam cuti semester ini dipenuhi dengan program-program yang telah saya aturkan.. Even jadual dipenuhi dengan berjumpa orang atau pun pelanggan tetapi UiTM Tetap dihatiku selama-lamanya.. Baru-baru ini saya menghadiri program perasmian Kelab Koperasi Alumni UiTM yang juga saya sebagai biro didalam kelab usahawan berperanan untuk mengumpul semula alumni-alumni di serata dunia yang berjaya di dalam perniagaan masing-masing, tidak ketinggalan juga perasmian restoran mo'men yang juga timbalan presiden Alumni UiTM Dato Shafee.


Ini adalah Pintu Hadapan Restoran Mo'men yang pertama di Malaysia bertempat di seksyen 7..






Sepanjang program ini alumni sempat beramah mesra sesama sendiri yang rata-ratanya Orang-orang kuat UiTM. Semoga saya mendapat kejayaan serta belajar Dari Dato Shafee ttg selok belok perniagaan supaya Syarikat saya dikenal serantau Dunia dan Menaikkan Perniagaan Bumiputera amnya..

Friday, May 7, 2010

:: Selamat Hari Ibu::


Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu...

Ini antara lirik penuh lagu air mata ibu yang dipopularkan oleh Siti Nurhaliza.. Bertepatan bulan ni iaitu 9hb Mei 2010 merupakan hari ibu yang disambut seluruh malaysia..

Dan bulan ini juga saya kehilangan org yang saya sgt cintai.. Adibah bt Ahmad.. Ibu ku yang saya sanjung selama ini.. tempat beliau segala masalah dikongsi bersama suka dan duka.. beliau juga tempat luahan segala masalah tidak mengira masa. Ada ketika itu saya menelefon mak. ketika itu tepat pada pukul 2.30am.. setelah selesai meeting saya di induk bersempena gabungan kolej-kolej UiTM. terus sampai dibilik saya mencari phone dan mencari mak ketika itu.. yg saya ingat time itu hanyalah kepenatan sgt dengan ditambahkan asignmnet yang perlu disiapkan untuk dihantar esok tetapi hanya perkataan ini yang mak ungkapkan...

"mak tidak suka amal ckp perkataan PENAT.. selagi amal tidak berubah selagi tu amal akan PENAT"

ini kata-kata azimat yang dipegang oleh saya sehingga sekarang.. tiap-tiap pekerjaan ku ditegah menyebut perkataan PENAT.. jgn bimbang mak.. selagi amal berdaya selagi itu amal tidak akan menyebut perkataan "PENAT"  ini janji amal..

Thursday, April 29, 2010

::Terakhir bagi semester ini::

Rasanya bagai terasa ingin mencoret sesuatu di laman sesawang ku kali ini. lagipun bukan senang ada masa lapang utk ku meluahkan sesuatu di dalam laman sesawang kali ini..

Orang yang memiliki hati yang sentiasa yakin dan percaya lebih sihat sepanjang hidupnya dan mereka juga hidup lebih lama 
Dr Redford William

 Baru-baru ini sempena di akhir semester January - Mei 2010 kali ini. kami meraikan dengan sedikit jamuan kelas. Menggunakan Catering dari company saya menuntut persiapan lebih rapi diatur.. tambahan pada hari itu juga diadakan Final Test Electronic Records Management. Tepat pada pukul 9.15pm terus diadakan jamuan kelas bertempat di Fakulti.. Final Test selama 2 jam yang bermula pada pukul 7.30pm membuatkan minda dan jasmani perlu siap sedia.. Tambahan saya terpaksa menguruskan catering bagi menjayakan majlis makan mlm yg simple ini. Sebelum majlis bermula. kata-kata aluan dr saya bagi memeriahkan majlis dan pada hari itu juga disambut Hari Lahir Dr Azman Mat Isa Timbalan Dekan dan Pensyarah.

Classmate dengan Tema Merah Hitam

Ucapan sulung ku. haha..

Pelbagai juadah disediakan dr pihak caterar saya.. Cthnya.. Nasi Goreng + Ayam... Laksa Utara... Kek.. dan pelbagai lagi.. selesai shj Majlis Makan Malam itu terus saya berkemas segala tray dan pinggan mangkuk. selesai urusan ku pada malam itu pada pukul 1am.. 

Wednesday, April 21, 2010

::Keseronokan::

Ingat lah, sesiapa yang membuat sesuatu perkara hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang membuat sesuatu perkara dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Buatlah sesuatu dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...

Memang benar ayat-ayat ini menghuraikan bagaimana jika seseorang ingin melakukan sesuatu hanya dengan tahap biasa maka hasilnya ada lah biasa.. tetapi jika kita melakukan sesuatu perkara luar biasa maka hasilnya sangat mengangumkan..

Baru-baru ini.. saya dijemput oleh Menjana Diri Resources untuk membantu dalam program Summer Camp " Kami Pelajar Super" dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kesatuan Pekerja.. Pada Program kali ini saya menjadi ketua Fasilitator bagi melicinkan gerak kerja. Program yang berlangsung selama 3 Hari 2 Malam ini banyak memberi pengalaman dan pengetahuan kepada para peserta yang rata-ratanya adalah terdiri daripada Tingkatan 5. Saya banyak berkongsi pengalaman dengan Para Peserta. Pada Program kali ini saya banyak handle aktiviti riadah bersama Syamil Bunyamin. 










Pada kemuncak nya saya sempat berlakon di dalam recall panas.. Ini bertujuan untuk menyedarkan para peserta dengan attitude dan habit mereka sepanjang program ini berlangsung. Anak bangsa kita perlu diubah untuk kita lebih berdaya saing dengan bangsa-bangsa lain.. jangan hanya gah ditempat sendiri.. Tapi riuh di kawasan sendiri.. Dalam program ini juga saya belajar bagaimana mengukur tahap IQ dan EQ para peserta.. insyaALLAH lps ni bg program saya akan praktiskan.


Before saya bertolak ke Lembah Azween Resort di hulu langat kerana program.. pada paginya saya sempat menghadiri mesyuarat Alumni UiTM berkaitan business di Menara AM Bank. Mesyuarat kali ini bertujuan mendedahkan para Alumni ttg Francisee Franchising.. A Lot of knowledge I gain from this meeting.. Hopefully akan ada meeting lagi seumpamaan ini di hari mendatang. 

Saturday, March 27, 2010

::Pengorbanan ku di hujung minggu::

Salam kepada semua sahabat-sahabat ku. moga-moga anda sihat walafiat disamping orang yang tercinta.. Kesibukan membataskan segala-galanya untuk mecoret sepanjang aktiviti ku untuk sahabat-sahabat di luar sana. bukan apa.. pelbagai program dituntut untuk memajukan anak bangsa kita dan negara kita..

Baru-baru ini ku dijemput memberi ceramah kepada para pelajar seramai 150 orang yang kebanyakan nya terdiri dari form 1 hingga 4 yang akan menghadapi peperiksaan penting.. bertempat di SMK Bukit Rambai, Melaka. Saya bertolak pada malamnya. ini untuk pihak penganjur tidak tertunggu-tunggu kehadiran saya apabila sesat nnt. saya pun tidak familiar jalan-jalan di melaka. So Ku mengambil keputusan untuk berangkat pada malam hari lebih kurang 12.30 tgh malam. sampai di R&R Air Keroh sempat melabuhkan mata sebentar sebelum memulakan perjalanan selepas subuh.

Ceramah bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.. pelbagai input dan pengalaman ku di kongsi bersama-sama adik-adikku.. even penat badan terasa tetapi untuk memajukan anak bangsa kita.. saya melupakan segala kepenatan yang ada dalam diri ini..



Setelah pihak penganjur menunjukkan masa sudah tamat. baru sedar ceramah saya melebihi masa. begitu seronok berkongsi pengetahuan bersama-sama adik-adik especially yang akan menghadapi peperiksaan yang penting. setelah selesai sahaja penyampaian cenderahati terus saya bergegas balik ke kampus puncak perdana. Ini kerana saya bertugas sebagai protokol pada program hi-tea. Peluang ini digunakan sebaik mungkin untuk beramah mesra dengan para alumni yang telah berjaya di dalam pelbagai sektor swasta mahupun kerajaan. Saya sampai tepat pada pukul 1.45 tgh hari dn terus ke bilik briefing untuk explain kepada petugas-petugas dibawah saya untuk tugas masing-masing.. tepat pada pukul 2.30 petang.. Penolong Naib Canselor Puncak Alam/ Puncak Perdana sampai untuk merasmikan program karnival@puncak. saya mengiringi Prof Azni, Dekan FPM serta dif-dif kehormat ke pentas utama..


Tugas ku tamat tepat pada pukul 6.00 petang. tetapi pada masa itu juga ada customer ingin berjumpa dengan saya bagi membincangkan tentang printing bunting. Customer yang datang dari HUKM.. ini membuatkan saya melupakan kepenatan untuk berurusan dengan mereka.. segala tempahan akan dilakukan minggu depan..

p/s Terima kasih kepada Kereta Satria ku kerana tidak meragam.. hehe..

Tuesday, March 16, 2010

::Pegangan AKU::


  
Philosopy Kejayaan AKU

Jika AKU fikirkan kegagalan, AKU akan GAGAL
Jika AKU tidak ada hati untuk mecapai KEJAYAAN
AKU tidak akan BERJAYA
Jika AKU mahu menang, AKU tidak boleh membiarkan erti KEGAGALAN meresapi minda AKU
atau KEJAYAAN menyinari hidup AKU

Jika AKU tidak bekerja dengan SERIUS, AKU akan GAGAL
Dengan menghayati hukum alam, iaitu kejayaan berasal dari tenaga keupayaan dalaman seseorang...

Segala-galanya dikawal oleh keadaan psikologi manusia
Jika AKU berhasrat hendak KECUNDANG, AKU akan KECUNDANG
Jika AKU ingin kedudukan dan maruah tinggi sebelum AKU BERJAYA, 
AKU harus percaya bahawa....
AKU PASTI AKAN MELAKUKANYA
AKU tidak akan hiraukan tidak kesenangan orang sekeliling AKU yang tidak suka KEJAYAAN AKU..

KEHIDUPAN ibarat PEPERANGAN yang berterusan..
Kita bukan hanya perlu cekal dan pantas untuk MENANG seperti semua individu 
Yang akhirnya mencapai kejayaan adalah individu yang sesungguhnya ikhlas dan percaya bahawa
AKU AKAN BERJAYA

Monday, March 8, 2010

.::Kem Jati Diri Fizik 2010::.

Salam buat sahabat-sahabatku... Saya diberi kesempatan untuk mencoret sedikit aktiviti yang telah saya lakukan baru-baru ini.. Saya terpanggil untuk menjadi fesi kepada Fakulti Fizik yang rata-ratanya pelajar tahun akhir.. Program selama 3 hari 2 malam yang diadakan pulau pangkor sangat lah menarik.. ini kali kedua dapat jejak kaki di bumi Pulau Pangkor.. sebelum ini hanya percutian singkat bersama parents ketika itu.. Para pelajar tiba pada pukul 11.30am di bumi pulau pangkor.. dengan keadaan letih terus menyiapkan diri bagi aktiviti ice breaking...


Program telah diatur bersama-sama komiti Sutera Maya Resources Training Consultant. Program yang kebanyakan lebih kepada outdoor activities banyak mengajar mereka ttg keadaan dan kemampuan diri.

Antara aktiviti-aktiviti nya:

  • Ice breaking "who are you"
  • Modul Bangunan ku tinggi
  • Rafting dan Water Confident
  • War game
  • Night war dan Burung Hantu

Para peserta menikmati keindahan tepi pantai dgn aktiviti tarik tali serta Malam BBQ. Kami di pihak Fesi bertungkus lumus menyiapkan aktiviti war game. Seramai 130 peserta termasuk fesi dan pensyarah pengiring mengikuti program ini. kehangatan pulau pangkor menambahkan lagi kehangatan program dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. saya sempat handle program dengan menggunakan lidi spageti dan tugasannya menggunakan lidi spageti bagi mendirikan bangunan paling tinggi. Para pensyarah diberi tanggunjawab menilai siapakan pemenang antara 10 group yang telah kami bentuk ketika sesi ice breaking.


 

Program seumpama ini memberi faedah kepada ku. Selain dapat menambahkan ilmu kefesilitatoran, dapat juga menambahkan link terutamanya kem raudhah yang banyak membantu dalam menjayakan program ini. Mana tidaknya.. semua kerjasama terutamanya dari segi penginapan, makanan dan minuman nya serta aktiviti outdoor banyak membantu kami.. Pengalaman  berada di atas Rescue boot juga menyeronokkan hati.. melihat telatah para peserta mendayung kayak ke hujung pulau dengan suhu yang sgt panas. mencabar lagi keadaan ketika itu.. tidur 3am dan bangunya pada pukul 6.30am.. semua nya untuk memuaskan perjalanan program..




Ilmu fesi menjadi sebahagian di dalam hidup ku.. semakin hari kita belajar semakin byk ilmu dikongsi bersama-sama dgn adik-adik.. pengalaman serta pengetahuan dikongsi bersama-sama bagi memertabatkan insaniah dalam diri masing-masing.. 
p/s Kulit ku sudah menjadi gelap.. sekarang masa memulihkan kulit

Sunday, February 28, 2010

::Toward Searching::


Salam kpd semua sahabat-sahabatku... Agak lama juga tidah meng update laman blog ini.. Yang pertama sebab bukan full time blogger dan yang kedua kesibukan menghimpit diri ini untuk meng update blog ini. Bukan apa... banyak perkara dilakukan sehingga penjagaan diri pun kurang sekarang ini. Baju-baju terlonggok di dalam baldi..(Sekarang baru terbayang if ada wife ketika ini.. alangkah seronoknya.. baju-baju dibasuh.. diseterika then yang paling utama Makan mengikut waktu)

First nak bercerita tentang keadaan term paper yang sedang ku lakukan sekarang. Tajuk Term Paper yang pertama bertungkus lumus sekarang buat entitled : Sexual Harassment in the workplace.. Dengar tajuk ini pun sudah menarik apatah lagi bila membaca.. term paper yang kedua adalah entitled toward professionalism project manager in the project management.
  • Sexual Harasment in the Workplace
  • Toward professionalism project manager in the project management
Bertungkus lumus menyiapkan term paper ini dengan jayanya. Mencari sources yg suitable dengan tajuknya yang dipilih ini.. Merupakan satu cabaran dengan tugas-tugas yang lain secara hakiki..
'Genius without education is like silver in the mine'

NA Master Resources pun semakin menunjukkan perkembangan positif.. Tempahan Printing semakin rancak.. Baru baru ini 23/02/2010 mendapat BBQ Universiti Malaya. kadang-kadang terfikir juga terkejar sana terkejar sini.. Buat apa? Tapi bila terfikir balik maybe ini cabaran aku untuk masa depan.. Hujung Minggu dipenuhi menjadi Fasilitator. Bayangkan Hari Maulidur Rasul kena bertugas di Fakulti Matematik dan Sains Komputer dari pukul 8.00am sehinggga 5pm.. Then 5.30pm berjumpa client dari student Fakulti Fizik UiTM atas program Kem di pulau Pangkor. macam biasa tugas ku adalah create modul dan tentatif program disana.. ini merupakan tugas yang sgt berat.. Tapi bila memikirkan ini sahaja hendak membantu bangsa ku dan memajukan UiTM.. Aku tidak mengeluh.. Mencari-cari juga hari yang boleh relaz kan minda ini..

Weekday bekerja dari kul 8.00am sehingga 1.00pm. Menyiapkan project Research Competencies Libarary Sarawak.. semua data menggunakan SPSS. Ini merupakan pengalaman yang sgt berguna. Mana tau selepas ini gatal tangan pula hendak futher studies peringkat PHD.. No wonder kan.. Pukul 6.00 bergerak menuju kelas sehingga 9.30pm.. Sampai bilik banyak spent masa dengan menyiapkan kerja-kerja asingment dan Kerja Company yang masih tertunggak. Time management is important..


Minggu Lepas juga sempat bagi talk kepada students SMK Puncak Alam. Tajuk present 'Kepimpinan berkaliber penjana Organisasi' Kebanyakan attend presentation adalah pemimpin Sekolah. So.. suitable sgtlah memberi talk berkaitan tajuk ini.. Membayangkan seolah-seolah seperti sudah pengalaman.. tapi positifnya knowledge is sharing.. apa yang kita ada dikongsi bersama untuk kebaikan bersama.

Untuk Maluman semua website NA Master Resource sudah dilancarkan.. boleh bersama-sama kita memartabatkan dan memajukan perniagaan melayu kearah orang kompetitif.. www.na-master.com

Tuesday, February 9, 2010

::kenangan Mengimbau kembali::

Malam ini terasa sunyi dan rindu kepada adik-adik di kampung. Baru dapat dengar suara mereka petang tadi. Adza sekarang adik ku yang berada di darjah 3 sudah memiliki telephone bimbit. Tapi bila difikirkan semula bagus juga untuk hubungi adik yang comel adza dan adik ku yang hensem adzri bila ketiadaan abah di rumah kerana urusan kerja sebagai Polis di perlis. Dapat call adik-adik ku terubat sedikit kerinduan dihati ini. dengan teletah mereka.. Tiap-tiap hari ku msg dengan mereka bagi mengetahui perkembangan mereka di sana. dan time itu juga ku tanya "syg abg tak?" adza pasti akan menjawab.. "wekk... mestilah sayang"...

 
Time Form 5 
Haha time ini wajah ku sgt tidak memberangsangkan. sbb cari butang baju tiada. so.. mcm nilah rupanya. Time ini ketika hari raya. Sambut hari raya di Mersing. Tokbu dan Tokyah semangat sgt time ni nak bergambar bersama kami sebab kami lah keluarga paling jauh.. Utara tau. yang pakai tudung Pink adalah adiku adza dan yang pegang hidung tu adiku yang darjah dua sekarang namanya adza. sebelah saya adiku yang no 2 bernama nur adzlin dan sebelah lagi noor kamal sekarang Form 4. Nakal ini. haha. mcm abg dia juga rasanya..


Wednesday, January 27, 2010

.::Ibuka Tiada Penghujung nafasmu::.



ibu
akulah janin yang bertapa di rahimmu
sembilan bulan bagai surga dalam deritamu


ibu
engkau melahirkanku
bagai merasakan sakitnya kematian diwaktu itu


ibu
kala sembilan bulan
semidiku kurang tuk arungi kehidupan
mungkin aku harus asingkan diri dari kemaksiatan


itu pintamu
yang pernah engkau kirimkan
melalui air susu yang tumpah dibibirku


ibu
hanya engkaulah
yang pernah memelukku tanpa dosa
berlimpah kasih cinta dalam rasa


ibu
bila anakmu pendosa
bila anakmu durhaka
bila anakmu terlupa
jangan biarkan anakmu
menjadi kembang neraka


ibu
sebelum pintu hidayah menutup langkah
semoga engkau masih sudi untaikan doa
karena dalam setiap kalimatmu
ada hidayah rahasia jalan mulia


ibu
anakmu takkan pernah menemukan sosok spertimu
yang telah sudi membiarkan hidup, tercipta dalam rahimmu


ibu
engkaulah bidadari yang pernah mengemas tubuhku jadi manusia
engkaulah malaikat yang menjaga nafasku hadir ke alam dunia


ibu
maafkan anakmu
bila separuh penghambaanku keliru
dan tak mau menjaadi penyembahmu
demi membalas jasa jasamu dalam hidupku


ibu
tolong izinkan aku mengenalmu
bagaimanapun engkau
adalah sosok Hawa yang ku tahu
yang menjelma sebagai Khatijah dalam hidupku


ibu
jauhku darimu telah membekukan darahku
aku rindu
ingin rasanya menangis lagi di pangkuanmu


ibu
dalam perantaun ini
malam bagai tak kuasa menelan air mataku
bila aku teringat tentang semua jasamu


ibu
dalam ketakberdayaanku
semoga engkau bahagia
semoga engkau masih bisa
mendapat indahnya menjadi ibuku

.::OH Kerja-kerja ku::.

Salam bt sahabat-sahabatku yang setia bersama saya. terasa dihati ingin mencoret sesuatu setelah lama meninggalkan laman blog ini. Mana tidaknya... kesibukan dan program mencemburui segala-galanya. Baru hari ini terasa benar-benar mempunyai masa untuk berkata-kata pada  entry kali ini. Tahun 2010 banyak merubah keadaan saya berbanding tahun-tahun lepas. Ketika study saya melangkau tahun akhir Master in Info Mgmt (IS770) terasa kerja-kerja semakin dibebani. saban hari kerja-kerja asignment pasti akan menanti.




Tahun ini juga banyak perkara telah terjadi dan telah banyak merubah hidup saya. Pelbagai tugas dilakukan bagi membantu keluarga di kampung. Adik ku Noor yang baru berada di Tingkatan 4 setalah selesai PMR 2009. Banyak perkara telah dilakukan olehnya. saya dengan segera turun naik sekolah bagi menukarkan dia ke sekolah lebih baik sebelum ini. Dengan pengawasan guru-guru saya akan membolehkan adikku noor lebih terjamin pelajaran nya di sekolah lama saya. Adik - adik saya adza dan adzri masing-masing darjah 2 dan 3 masing-masing berdikari sendiri ke sekolah naik basikal dan bangun pagi-pagi untuk bersiap ke sekolah. Mana kan daya dan waras nya umur yang begitu muda sanggup bangun pagi sendiri dengan ditemani jam loceng, seterika baju sendiri, naik basikal sendiri ke sekolah dan balik tggu adik ku noor masak. kadang kala terpaksa berlapar sehingga pukul 4 semata-mata menunggu noor masak untuk mereka. Bila difikirkan semula saya tidak dapat menahan hati ini dengan keadaan mereka. Abah setentunya sibuk mencari nafkah berulang-alik ke Perlis. Perjalanan memakan masa selama sejam dari Alor Setar ke Perlis. adiku adzlin still di UUM ditahun kedua sekarang.

“Ya Tuhan-ku, tunjukilah aku untuk mensyukuri Nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau Ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Al-Ahqaf 15)...

Jangan bimbang Noor Akmal Kamarolzaman kan ada... (selalu berpesan didalam hati supaya dapat membantu mereka sama ada wang atau masa) 

Tahun ini merupakan tahun kesibukan melanda seperti sebelum-sebelum ini.Pelbagai tugas dilakukan bagi memperlengkapkan diri dengan pengetahuan dan pengalaman. segala usaha dilakukan berterusan. Antara tugas-tugas hakiki saya ketika ini adalah:
  • Perunding Korparat YAPEiM (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)
  • Managing Director NA Master Resources
  • SKS UiTM
  • Research Assistant (RA) Bibliometric dengan kerjasama Pusat Sains Negara
  • Alumni Fasilitator (Diploma dan Degree)
  • Fasilitator Fakulti Pengurusan Maklumat
  • Ajk Kawasan Lembah Klang Alumni UiTM Kedah
Antara kerja-kerja hakiki setakat ini.. jangan ditanya mengapa begitu banyak.. sebab nya kerja datang mencurah-curah dan hanya ini sahaja kemampuan dapat dilakukan...