Monday, November 16, 2009

::Yayasan Kepimpinan Belia::



Yayasan Kepimpinan Belia merupakan nama yang akan saya setup dibawah Kementerian Belia Dan Sukan dan Jabatan Belia Selangor.. Nama Pertubuhan ini hampir 3 minggu saya fikirkan untuk nama yang sesuai untuk Pertubuhan Belia Ini. Finally.. I got this name..

Ini terjadi ketika kunjungan saya ke Jabatan Belia Dan Sukan Selangor untuk memohon Skim Niaga di bawah Kementerian Belia dan Sukan.  Ketika saya berjumpa dengan En Rosli Sam, seorang Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Selangor untuk perbincangan tentang Skim untuk company saya. tiba-tiba En Rosli Sam menawarkan kepada saya untuk menubuhkan kepimpinan belia dibawah Jabatan Belia dan Sukan. Maybe melihat cara saya bercakap dan gaya ketika itu.. haha.. terus sampaikan hasrat dihati ini.. semua kelengkapan diserahkan kepada saya untuk membentuk committee di peringkat persatuan sebelum diserahkan kertas kerja kepada Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya.. Segala Perlembangaan dan minit mesyuarat telah siap hanya masa menanti dan sesuai untuk setup..

Setelah 3 minggu saya fikirkan nama yang sesuai bg persatuan ini.. maka planning sudah saya aturkan hanya implementation belum dilaksanakan. Objektif, Vision dan Mission telah saya fikirkan dan tidak sabar hendak melancarkan Pertubuhan ini.. It's like NGO dan diharap semua belia di Malaysia ramai-ramai mendaftarkan sebagai ahli Yayasan kepimpinan Belia apabila sudah didaftarkan di bawah Kementerian Belia dan sukan. At least belia dapat bersama-sama program yang dianjurkan dan mengisi masa lapang dengan program yg berfaedah..

Diharap Pertubuhan ini akan mendapat Impak yang besar kepada Negara dan Belia.. Aim saya hendak melahirkan belia yg berkepimpinan di peringkat sekolah lagi sehingga IPT semoga segala vision dan mission Malaysia dapat disemarakkan dan didukung.. Itu main objektif saya.. Sekolah-sekolah yg kurang infrastruktur dan kewangan itu yg perlu kita bantu.. program di peringkat sekolah ini lah kita akan develop dn mencungkil bakat kepimpinan sekolah perlu dilaksanakan... Kita hendak melahirkan pelajar yang mempunyai sifat pemimpin serta mencungkil semangat memajukan diri sendiri..

InsyaALLAH... semoga perjuangan kita sebagai org melayu dan bumiputera kita pelihara untuk generasi yang akan datang.. Malaysia Boleh..

Nota Kaki
(Hopefully semua tertarik dengan pantun saya yang saya create)

Kalau mencari tempat mandi,
Pertama teluk kedua pantai,
Kalau cari pemimpin negeri,
Pertama elok kedua pandai.


2 comments: