Saya ditempatkan di chalet yang sepatutnya dihuni seramai 5 org tetapi hanya saya sorang sahaja ada di chalet itu. boleh bayangkan tidur sorang-sorang.. haha.. Kebanyakan Urusetia sudah berkahwin. so hanya saya single dan available sahaja. * Bila lah hendak ada teman ini*
Saya diberi tanggugjawab dan berperanan untuk menjadikan peserta dari belia ini menjadi mentor kepada belia di luar sana. program selama 3 hari ini banyak menekan kan bahayanya dadah dan HIV. Sedikit Sebanyak dapat menambahkan pengetahuan saya tentang bahana najis dadah ini. Pada Malam Perasmian saya ditugaskan menjadi pengerusi majlis.. Ini merupakan tanggungjawab berat. Program ini dihadiri semua peringkat bahagian serta Dato Latt Shahriman B Abdullah merupakan Pegawai Tugas-Tugas Khas YAB PM kita merangkap Ketua UMNO Bhg Kuala Kedah. Saya apa lagi guna pantun setiap selingan saya. Program riadah saya handle pagi dan petang. Lucu melihat gelagat peserta yang tidak tahan gelak bila sesi panaskan badan.. sini saya sertakan gambar-gambar yang sempat saya ambil.
Bersama Para peserta
Menjadi Pengerusi Majlis
bergambar bersama VVIP
Memberi ceramah
Slot kisah benar
Selepas habis program ini selesai pada pukul 4pm. saya terus bergegas ke UiTM Kedah. Porgram Alumni selama 2 hari 1 malam diadakan. saya sempat menghadiri majlis makan malam dan mesyuarat penubuhan UiTM Kedah Alumni. Saya diberi tanggugjawab mengawal zon tengah yang merangkumi kuala lumpur dan selangor. Kepada semua alumni boleh lah menghubungi saya bagi mengemaskini database Alumni Kedah. Saya turut bertanggugjawab membina laman sosial Facebook Alumni UiTM Kedah bagi menjadikan platform dan medium mewar-warkan semua alumni di luar sana.
Acara Memotong kek oleh Pengarah Kampus
Menyampaikan Hadiah
Majlis Persembahan
Mesyuarat Penubuhan Alumni
Tantapan Umum. haha
Setelah selesai mesyuarat penubuhan Alumni Kedah. saya bergegas untuk pulang ke Shah Alam bagi menguruskan kerja NA Master Resources yang masih tertunggak sehingga Hari raya Aidiladha. Semoga perjalanan saya mendapat keberkatan dari ALLAH SWT.
Saya petik dari kata-kata Peter F. Drucker:
Kepimpinan bukannya keperibadian yang kuat daya penariknya yang menjadikan seseorang petah berkata-kata. Ianya bukan hanya kemahiran mencari kawan dan mempengaruhi orang ramai dengan puji-pujian kerana itu hanyalah mengampu. kepimpinan ialah membawa pandangan seseorang kearah lebih baik, meningkatkan prestasi seseorang ke peringkat lebih tinggi dan membawa personaliti menjangkaui kebiasaan.
Huh. So you're a motivator. Very nice. And you said that you didn't do anything. Akmal is being modest again :)
ReplyDelete