Wednesday, October 21, 2009

::Quality Is Our Performance::

Bila jari jemariku menekan keyboard.. maka ada lah buah2 fikiran yg hendak dikongsi bersama-sama dengan sahabat.. terasa lama benor tidak menulis sesuatu di dalam blog ku ini. Mana tidak nya.. kesibukan ku melupakan hasrat ku untuk menulis sesuatu di dalam laman blog ku ini.. TETAPI apa sahaja yang terjadi... laman blog inilah akan menjadi diary simple ku menceritakan aktiviti ku sepanjang minggu ini..

Dimulakan dengan Business ku yg semakin berkembang.. ku mendapat Tender Catering dari Kolej selama 5 hari bagi Program Raya d' Puncak.. Puas Hati terasa nya kerana yang pertama rezeki murah dan yang kedua nya 5 kali sehari perlu sediakan makanan.. haha... Nasib Baik sahabatku membantu dalam urusan Catering Services ku ini. Pada masa sama saya concern dalam Tempahan Printing dan Designing dari Pasir Gudang. Mereka memerlukan Calendar 2010 serta single memo pad dari company saya. saya cuba memenuhi permintaan mereka dan cuba bt services yg terbaik sejajar dengan motto company "Quality is our performance"... saya sempat mengikuti TOT bagi fasilitator Alumni UiTM. saya bangga kerana peserta yang mengikuti program ini adalah bekas-bekas Pemimpin UiTM. Banyak modul-modul baru dikongsi bersama dengan beberapa penambahbaikan dalam setiap modul-modul yang tersedia ada. Petang dalam pukul 6.30pm selesai program TOT ku ini.

Pada pagi itu sebelum saya menghadiri TOT saya sempat handle program Modul 4 bagi pelajar semester 6. saya menjadi pengerusi. Sempat saya berkongsi pengalaman saya bersama junior-junior saya dalam modul 4 ini. sebenarnya modul 4 lebih menekan kan sesi interview dan fasa-fasa interview. Penceramah dari KWSP menyerikan majlis dengan input-input yang sesuai dengan para peserta. melihat gelagat para pelajar serta para pensyarah membuatkan ku teringat memori ku ketika berada di dalam semester 6 ketika itu.

Pada malam itu, adalah malam Penutup Raya D' Puncak. saya menyediakan sebanyak 700 students dan 70 org VVIP makanan. Macam makanan rakyat.. Puas... Puas.. Puas hati ku melaksanakan program ini dengan bisnes catering aku. Itu sahaja lah ungkapan bagi mengambarkan perasaan saya ketika itu..

saya mendapat tempahan sebanyak 30 orang untuk Taman Alam Budiman sempena Tuan Rumahnya berpindah dari putrajaya ke Rumah Baru mereka. Pada masa sama saya menghadapi final exam. Dua paper dari pagi sehingga petang.. selesai sahaja paper saya attend pula open house lecturer ku.. haha.. saya sembat sampai 3 pinggan spageheti bagi membalas dendam tidak sentuh lagsg makanan pada hari itu. Mana tidak nya.. saya sibuk dengan catering dan paper exam.. Habis sahaja open house ku terus bergegas ke Rumah Nenek ku. Nenek ku menyediakan laksa yang sangat pedas.. kembung perut.. setiap kali kali makan perlu diselang dengan minum air.. thanks nenek ku yg tersyg menyediakan makanan dan sanggup menunggu saya untuk makan bersama-sama.. even jam sudah menunjukkan 11.30 malam..

Saya hendak juga berkongsi bersama sahabat-sahabat ketika jamuan raya di Puncak Alam dengan dihadiri VC UiTM. Saya diberi tugas memantau gerai-gerai yg ada ketika itu. macam hebat jer kan... just pantau jer.. This is my responsibilities. so I taked it.. Hahaha.. iNilah hasilnya pemantauan saya ketika di majlis Raya di Puncak Alam itu..



Pada pagi yang selesa dan dingin untuk membuat kerja-kerja asignmnet ku yang tertangguh lama.. saya dikejutkan dengan msg tidak dikenali nombornya.. "anda dijemput menghadiri Meeting GPMS cawangan Kedah bagi pemilihan Jawatankuasa Peringkat Negeri"... terasa kelakar pun ada.. mana tidaknya.. saya terpaksa memikir semula untuk pulang ke Alor Setar dalam keadaan ku tidak mengizinkan dengan kerja-kerja Final Project term Paper Master dan Training Company ku.. Maybe tiada rezeki untuk saya menghadirinya.. Next Time I grab it. Ada impian tu..

::Checklist to do::

23hb ini adalah hari mengambil jubah dan malam nya ku menjadi Committe Dinner Alumni MPP + AGM Alumni MPP 08/09
24hb ini adalah Paper Database yang sememang nya sakit untuk menghadapinya.. hehe
25hb menghadiri Kenduri Sempena orang ke Mekah + Catering Services
26hb adalah hari bermakna bagiku.. Apa lagi... KONVO ku Ijazah Sarjana Muda..
27hb handle program bersama SMK Kinrara di Meru bagi outdoor activities sampai ptg..

Even sibuk dengan tugas ku ini.. saya tetap terasa kehilangan ibuku yg tercinta. Tiba sahaja malam terbayang wajah dan suara nya.. mana tidak nya.. penat sahaja saya akan capai telefon untuk mendengar suara mak.. mmm.... sekarang saya terpaksa kuatkan diri bagi menghadapi hidup tanpanya disisi.. hati ini terpaksa tahan tanpanya.. Ada sahaja problem.. mak org pertama saya bercerita dari A sampai Z. Seolah-olah terasa puas dapat lepaskan segalanya kepada mak.. Penat pun hilang..

This words dedicated to the beautiful memory of my beautiful mother, Adibah Bte Ahmad, whose resilience continues to inspire me and whose life and love continue to give me strength.

Moga-moga beliau setiasa tersemat dihati ku dalam memberi aspirasi kepada ku..

1 comment:

  1. Let her words and memories not only touch ur heart, let them travel through ur soul n let them rest in ur heart as urs rest in her.

    ReplyDelete