Kenyang Perut Suka Hati...
Ini antara pantun yang boleh mengambarkan keadaan saya pada hari ini. Mana tidak nya.. hampir sehari menghadiri jemputan Rumah Terbuka yang sinonim dengan tradisi kita di Malaysia ini. Tambah-tambah semangat satu Malaysia yang digarap oleh Perdana Menteri kita sekarang.
Bermula dari Mesyuarat tidak Rasmi ku di Bilik Master bersama-sama dengan Board Department bagi memperkemaskan struktur pentadbiran. Pelbagai point yang dapat saya berkongsi dan berkehendak kan supaya sama-sama dapat menjayakan dan memajukan NA Master Resources yang semakin berkembang. Perancangan tahun Depan direncanakan sebaik mungkin bagi membolehkan misi dan visi dicapai. Dengan Motto Company ku "Quality is our Performance" sedikit sebanyak menguatkan lagi pentadbiran kami. Apabila selesai sahaja meeting...
Saya memenuhi appointment dengan En Shahrunizam untuk kerja Bibiliometric dengan kerjasama Kementerian Teknologi dan Inovasi. Hampir 2 minggu bertungkus lumus tidak kira siang atau malam atau lewat pagi bagi mengejar dateline. Allahamdullilah... semuanya berjalan lancar..
Tepat pada pukul 12.30tgh Hari... saya bergegas bersama sahabatku Raja Saifulizam ke putrajaya bagi menghadiri
Dengan Mengagumi kebesaran Allah SWT... sempat saya bersama sahabatku menunaikan solat zohor di Masjid Tuanku Sultan Zainal Abidin.. Begitu kagum saya dengan seni bina manusia sambil angin sepoi-sepoi bahasa yang terletak di kanan dan kiri masjid.. dengan keluasan yang besar memang sesuai bagi menenangkan diri sambil menadah tangan kepada yang Esa.. Begitu asyik melihat suasana dan keadaan sekeliling masjid tidak sedar saya dengan kebesaran Allah SWT.
Program diteruskan lagi dengan menghadiri rumah terbuka Shafika... sahabatku sama-sama belajar ketika di Puncak Perdana.. Masing-masing sudah berkerjaya. Sambil Dihidangkan dengan pelbagai juadah.. saya tidak melepaskan peluang merasa Nasi Ayam dan Pencuci Mulut.. Sempat saya berposing untuk kenangan abadi di masa hadapan. Terima kasih sahabat sekalian.. Jangan lupa ku dimana anda berada.. hahaha...
Seperti Biasa saya bersama sahahabat ku bergegas pula ke Putra Heights bagi memenuhi jemputan Rumah Terbuka seniorita ketika bersama-sama menuntut di UiTM. Orang nya sangat berjaya.. Kebanyakan dihadiri Himpunan Siswazah Kelantan.. Seronok rasanya.. seolah-olah saya berada di Negeri Kelantan.. Negeri yang kaya dengan adat dan budaya yang kekal hingga sekarang.. Semangat persaudaraan masih kekal abadi.. Sempat saya menjamah sate ayam dan daging sehingga puas dibuatnya tanpa segan dan silu..
Selesai sahaja terus saya pulang ke Shah Alam dengan perut yang penuh dengan pelbagai makanan dan seperti biasalah.. letih tidak lari selepas menghadam semua makanan.. terima kasih kepada semua sahabat ku..
No comments:
Post a Comment