Friday, August 21, 2009

::malu dan semalu.. Apa perbezaannya::


Pernah tengok duri semalu?? Halaman rumah saya kalau ada duri semalu saya akan buangkan. Mesti cabut sampai ke akarnya untuk memastikan dia takkan tumbuh lagi. Kalau setakat dimesin sahaja ia akan tumbuh semula...malah lebih sihat dan subur. Biasanya saya akan memakai sarung tangan....pegang pangkal pokok semalu ni dan cabut. Ia akan tercabut sekali dengan akar2nya sekali. Biasanya yang tumbuh di halaman rumah pun adalah pohon semalu yang kecil2 sahaja...mampu dicabut. Kalau di dalam hutan ia akan menjadi pohon yang besar dan terbiar.

saya ada membaca sedikit rencana yang saya dapat daripada sahabat ku dari UIA. Baru saya tahu rupanya kejadian pohon semalu ini ada kaitannya dengan diri wanita iaitu makhluk istimewa ciptaan Allah. saya cuba memahami dan membuat sedikit kesimpulan apa yang telah saya baca. Pernah suatu hari Rasulullah saw berjalan-jalan dengan puteri kesayangannya Saidatina Fatimah radiallahu anha. Ketika melintasi sepohon pokok tamar, Saidatina Fatimah terpijak duri semalu sehingga kakinya terasa sakit dan berdarah. Saidatina bertanya kepada Rasulullah...apalah gunanya pohon berduri seperti ini tumbuh di situ?


Rasulullah saw menjelaskan bahawa sifat fizikal pokok semalu amat berkait rapat dengan wanita. Terdapat empat aspek pengajaran yang boleh diambil daripada kejadian pokok tersebut.

Pertama: Sifat pokok semalu akan menguncup apabila disentuh

Ini dibandingkan dengan sifat wanita yang sepatutnya mempunyai sifat malu yang bertempat. melihat kepada remaja masa kini yang semakin terhakis sifat malunya. Sifat malu ialah satu rasa yang menggerakkan hati seseorang itu supaya meninggalkan kejahatan. Masih adakah sifat malu apabila memakai seluar jeans ketat dan baju t yang pendek....apabila tunduk akan nampaklah susur galur punggung yang amat menjelekkan kita yang memandang. Kalau ternampak situasi ni di kedai-kedai makan hilang selera kita nak menjamah makanan yang terhidang. Namun begitu ada pula remaja yang malu untuk memakai baju kurung pergi ke majlis perkahwinan dengan alasan 'kurang suci' untuk berpakaian begitu. Nampak gayanya nilai 'malu' sudah terhakis dalam diri....malu diletakkan kepada rasa yang menggerakkan hati untuk menjauhi kebaikan kerana beranggapan diri 'tidak sesuai' untuk menjadi baik.


Kedua: Pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya

Golongan wanita sepatutnya mempunyai ketahanan iman dan takwa untuk melindungi dirinya dari sebarang gejala maksiat. Sekiranya kita rasa kita kekurangan ilmu...carilah ilmu. Sekarang peluang untuk belajar amat banyak...antara hendak dengan tidak sahaja. Mempertahankan diri dalam ertikata rohani mahupun jasmani. secara rohaninya kita sentiasa berusaha memastikan hati kita berada dalam keadaan yang sihat...dijauhi dari penyakit2 hati seperti dengki, sombong, buruk sangka dan sebagainya. Zikir dan membaca buku2 kerohanian amat penting untuk sentiasa ingat dan sedar. Mempeertahankan diri dari sudut jasmaninya juga penting....adalah sedikit ilmu mempertahankan diri supaya kita akan melawan dalam situasi2 tertentu. Ini yang Islam sarankan.


Ketiga: Akar pokok tunjang semalu kuat mencengkam bumi

Ini bermakna wanita perlu ada kekuatan iman yang membimbing dirinya sepanjang kehidupannya di dunia ini. Iman adalah teras bagi wanita....iman yang menuntun kita memiliki akhlak mulia, yang sentiasa mengingatkan kita kepada kehidupan selepas kematian dan yang selalu menyedarkan kita akan nasib diri di akhirat kelak. Jadi diri yang kuat keimanan tidak akan mudah patah dengan hasutan keduniaan yang padanya hanya sementara sahaja.


Keempat: Daun semalu akan menguncup apabila terbenamnya matahari

Secara halusnya sifat ini mengajar wanita bahawa waktu matahari terbenam selayaknya wanita menamatkan aktiviti luarnya....tinggallah hanya di dalam rumah sahaja. Tidak semanisnya wanita untuk keluar rumah pada waktu malam...kecuali yang keluar atas sebab tugas dan keperluan wajib sahaja. Ketika hari hampir gelap...bersegeralah untuk pulang ke rumah.


Umat Islam mestilah ada sifat malu dalam keadaan tertentu. Jangan disalah gunakan pula sifat malu untuk membuat perkara yang baik. malu untuk bertanya, malu untuk belajar, malu untuk bercakap benar, malu untuk mengaku lemah, malu untuk mengaku miskin, malu untuk mengaku kesilapan dan dosa.....bukan malu sebegini yang kita mahukan. Malu yang sebenarnya ialah malu untuk melakukan perkara kejahatan atau yang membawa kepada perkara kejahatan.

Contohnya rasa malu untuk berada di pasaraya ketika azan maghrib berkumandang. Waktu maghrib ni amat singkat...lantaran itu berada di tempat yang sebegitu amat memalukan. Malu takut Islam dipandang rendah dengan perilaku kita...walaupun pada ketika itu wanita itu uzur. Orang bukan tahu kita uzur! Jadi bersegeralah pergi menunaikan solat tepat pada waktunya walaupun ketika di pasaraya. Kalau uzur pun, bersegeralah beredar demi maruah Islam. Sekarang senario berada di pusat2 membeli belah di waktu yang penting sebegini selalu berlaku. Walaupun kita tetap tunaikan solat (walau di hujung waktu) ketahuilah bahawa sedikit sebanyak ianya sudah menjejaskan maruah Islam itu sendiri.


Kita juga hendaklah mendidik anak kita mempunyai sifat malu. Malu pada Allah terutamanya. Ajarkan pada mereka supaya sentiasa berkata-kata di dalam diri...." Kalau aku buat perkara ni aku akan rasa malu pada....." Contohnya saya selalu pujuk anak lelaki saya supaya selalu pergi ke sekolah agama di waktu petang...atas alasan rasa malu sekiranya kita sahaja nanti yang tak pandai solat berjemaah dan tidak tahu membaca jawi. Tiap2 hari disumbatkan pujukan yang sama...lama2 terbina dalam minda dia bahawa "aku mesti pergi ke sekolah agama supaya tidak malu sekiranya aku seorang sahaja yang tidak mahir baca dan menulis jawi". Maklumlah bila badan dah penat mulalah rasa berat untuk melangkah ke sekolah agama petang pula. Banyak perkara lain yang kita boleh terapkan...malu untuk berbohong, malu untuk membuka aurat, malu untuk membuat dosa, malu untuk melawan guru dan sebagainya. Terapkan sifat MALU kepada mereka.....dan ceritakan kisah duri SEMALU ini kepada mereka.


Apabila tebal rasa malu kepada Allah pasti akan timbul dalam diri akan rasa malu kepada diri sendiri. Apa tidaknya...kalau tangan mengambil barang orang, sekurang2nya kita berasa malu kepada mata dan kulit kita yang akan menjadi saksi perbuatan itu ketika di akhirat. Ataupun kita berasa malu untuk "mandi seragam" ketika di bilik air kerana berasa malu kepada makhluk Allah yang lain yang turut ada bersama dengan kita iaitu malaikat dan syaitan. Jadi...benarlah bahawa sifat malu ini mampu mendidik diri kita untuk lebih taat kepada perintah Allah. Betapa sifat ini penting untuk menjadikan kita mukminah sejati.


Sekiranya masih juga tidak ada rasa malu, bersedialah dengan apa yang Nabi Muhammad saw berpesan kepada kita......"Sesungguhnya Allah apabila hendak membinasakan seseorang maka dicabutkan rasa malu dari setiap mereka..." Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari tergolong dalam golongan ini. Marilah kita sama2 menyemai sifat "MALU" seperti duri "SEMALU".

1 comment:

  1. Allah Maha Bijaksana.. Setiap kejadianNya berhubungkait antara satu sama lain..
    Tinggal kita sebagai khalifah Nya untuk merungkainya.
    Allah mengurniakan akal kepada manusia untuk berfikir..
    Hargailah peluang yang diberikan..
    Semoga kita sama-sama merperolehnya..
    Amin........

    ReplyDelete