Friday, August 21, 2009

::1 Ramadhan 1430::



Salam semua buat Sahabatku.. Bagaimana menyambut kedatangan bulan Ramadhan pada kali ini? saya harap moga-moga kita mendapat syafaat dari-NYA. Pada kali ini saya menyambut kedatangan Ramadhan tanpa insan bergelar ‘IBU’. saya terlihat satu hadis ketika membaca risalah Ramadhan.



Tiga jenis doa yang dikabulkan tanpa diragukan lagi, yaitu doa orang yang dizalimi, doa kedua orang tua, dan doa seorang musafir (yang berpergian untuk maksud dan tujuan baik).


(HR. Ahmad dan Abu Dawud)



Bila saya baca ayat ni.. Teringat saya pada Mak saya. saya masih ingat lagi bagaimana Mak bertungkus lumus menyiapkan makanan kami sekeluarga untuk sahur. Seawal 4.30am mak sudah bangun untuk menyiapkan juadah bersahur.. saya ketika itu melihat adik ku yang bongsu bernama adzri terkebil-kebil mata menahan mengantuk.. tapi mak ku cepat-cepat cyg di mata dia. moga-moga luas mata dia buka.. adik saya adza masih menahan mata. Kadang-kadang menangis kerana mengantuk sangat. Selesai sahaja sahur. Mak saya menyiapkan diri untuk pergi kerja. tidak lupa juga menyiapkan adik-adik saya untuk pergi ke sekolah dan hantar mereka ke sekolah dan terus mak pergi kerja. Tepat pukul 1.30pm. mak keluar dari tempat kerja dan terus bergegas pulang untuk ambil adik-adik dari sekolah. selesai sahaja melihat adik-adik sampai di rumah. mak bergegas ke tempat kerja semula. pukul 5pm mak pulang dari tempat kerja dan masak untuk juadah berbuka. begitulah kerja seharian mak.

Saya mengaku. kejayaan saya pada hari ini datangnya sokongan dari mak dan ayah. Restu dan doa mereka iringkan. Walau hatimu sering terluka, Tika diriku terlanjur kata. Tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian. Masih segar dalam ingatan ketika Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Cemerlang di sekolah. saya melihat air mata mak menitis tatkala nama aku diumum menjadi pelajar Cemerlang serta anugerah Khas ko-kurikulum menjadi Pengawas dan Pembina Laman Web Sekolah. saya tidak sangka keadaan mak aku ketika itu.

Saya teringat lagi ketika berada di kampus.. mak call "amal dah bangun? makan apa utuk berbuka ini? makan dengan siapa? cukup tak duit mak bagi?" aku teringat kata-kata mak.. sudah setahun lebih mak meninggalkan kami.. Segala pakaian hari raya kami. Mak akan aturkan. Sehingga kan baju melayu saya.. mak uruskan. saya ini kan tidak normal. Saiz pakaian saya tidak mengikut standard orang Malaysia.

Skrg ini.... saya terfikir.. adik-adik makan macam mana? bangun sahur ker hari ini? tiap-tiap hari tergiang-giang di kepala saya. Abah aku sempat tidak balik rumah dari tempat kerja? atau makan di tengah jalan sahaja.. bagaimana pula adik-adik aku di rumah.. mereka makan apa? Adik saya Noor yang berada di tingkatan 3 skrg buat apa? bagaimana keadaan adik-adik saya? Bila mengenangkan semula. saya terpaksa tahan air mata aku. Air mata seorang lelaki...

Saya hanya berdoa agar mereka dilindungi oleh Allah SWT. Memang pahit untuk saya telan bahawa ketiadaan mak saya. Tetapi saya perlu kuat untuk menahan dugaan seperti ini berlaku pada saya dan keluarga. Skrg... saya terima dengan redha pemergian mak saya.... Maafkan Amal MAK.. Kini saya bersyukur kerana kehadiran seseorang menemani hatiku tatkala saya kesunyian dan memerlukan seseorang untuk bersama-sama dengan saya..

2 comments:

  1. Sesunggunhnya, Allah s.w.t. tidak akan menimpakan segala apa ujian ke atas hamba-Nya jika ia (manusia) tidak berdaya -petikan kitab tua-

    Melihat kepada dugaan, Allah pasti akan menyertakan sekali dengan nikmat dah hikmah. Segalanya Allah turunkan adalah demi kebaikan hamba yang lemah serta bertujuan untuk mengisi syurga-syurga-Nya dengan hamba-hamba yang tabah dan beriman.

    Pemergian seorang ibu menandakan tamatnya perjuangan "beliau" di dunia. Tahuilah bahawa, tiap-tiap orang anaknya, pasti diharapkan agar meneruskan usahanya bagi menggapai syurga bersama-sama sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. salam akmal. Al-Fatihah untuk roh ibu akmal. Maaf tak ramai yang tahu tntg pemergian ibu kesayangan akmal. semoga roh ibu akmal ditmpatkan bersama kekasih2-Nya...

    ReplyDelete