Friday, August 28, 2009

::28 August 2009::

Salam bt sahabat-sahabatku... saya ingin mencoret sedikit aktiviti saya pada hari ini.. selepas solat subuh sahaja saya terus menyiapkan kerja Term paper yg bertajuk " Preamble of e-Contract in Malaysian : Information Management Perspective". Saya cuma draf term paper supaya lecturer saya Prof Dato Dr Raja Abdullah senang menyemak semula paper saya. Pada pukul 9.00am saya terus ke Fakulti. 1st saya jumpa kaunselor berbincang sedikit program modul 4 anjuran Fakulti yang melibatkan Para Pelajar semester 6 berkaitan interview session dan mock Interview. Then saya berjumpa Lecturer saya untuk menyemak Term Paper saya. Seperti Biasa, perlu ada pembetulan.. hehe...

Jam tepat pukul 12.30pm.. saya bergegas pula ke Bilik Seminar Kolej kerana jemputan Program Pra pemilihan Debat MADUM iaitu debat IPTA. Saya dijemput melihat program ini berlangsung. Program ini dihadiri semua kampus Cawangan UiTM dan tidak ketinggalan juga dari IPT luar. Program ini akan dihadiri oleh Timbalan Pengajian Tinggi.

Solat Jumaat di Subang TUDM. Tepat pada pukul 3.00pm saya bergegas pula ke Office Seksyen 7 untuk menghadiri jemputan Pak Hainan Kopitiam di Sungai Wang, Kuala Lumpur. Pelancaran Pak Hailam Kopitiam dan Datuk Misbun Sidek sebagai duta turut menyerikan majlis. Semua sanak saudara "Sidek" turut hadir bagi perasmian ini. Sampai sampai Rumah terus bersiap untuk menghadiri jamuan GB-GB PerFACT di seksyen 7. Jamuan ini bertujuan mengumpulkan semula GB-GB dan bertukar-tukar pendapat. Tepat pukul 4.30am... saya sampai rumah dan bersiap sedia untuk solat subuh.. Pagi yang semakin dinihari..


Sunday, August 23, 2009

::Kenangan Terindah dalam Hidupku::















Program road Tour MPP dan JPK 05 bertujuan mengetahui secara dekat masalah para pelajar amnya. Ini bukan sahaja dapat mengenal pasti masalah mereka bahkan dapat beramah Mesra dengan Para Pelajar serta mengenali pemimpin mereka lebih dekat. Ketika ini saya berada di UiTM Kedah pada tahun 2005. *cuba cari gambar saya :-)
















Saya perform utk Dinner Fakulti bersama-sama sahabatku. Program dikenali Back to 70's diserikan dengan kehadiran Prof Dato Dr Raja Abdullah Raja Yaakob. Saya ketika ini menjadi Pengerusi Fakulti dan merasai pelbagai pengalaman especially leadership Skills.















Program ini berlangsung di UiTM Pahang. Saya ketika ini menjadi JPK Puncak Perdana. Program yg dikenali "Leadership Excellence Towards" menghimpunkan semua pemimpin UiTM Shah Alam. Terasa seperti Maskot Digi..














Dinner Anugerah Perdana FPM berlangsung dgn jayanya di Golf & Country Club di Putrajaya. Diserikan lagi kehadiran Dekan ketika itu Prof Madya Dr Laili dan para pensyarah. Majlis ini mengiktiraf pelajar yang menunjukkan kecemerlangan Akademik sepanjang berada di Fakulti.















Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT dianjurkan bersama UiTM, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pengajian Tinggi ini berlangsung serentak satu negara. saya ditempatkan di Tanjung Dawai dan diserahkan pada keluarga angkat masing-masing. *Sweet memory sebab saya kenal seseorang di dalam program ini















Debat Piala Pengarah Kampus berlangsung di UiTM Kedah. saya ketika ini menjadi Perdana Menteri dengan Usul yang sangat menarik. Pembangkang dari Fakulti Akaun kalah dengan Margin 15. Terima kasih kepada Farah Hanani dan Syazwani memberi sokongan padu sampai kita menang.
















Ketika perjumpaan semua ahli-ahli Kelab ELC (English Language Club). Time ini saya menjadi President membuka kata alu-aluan untuk Annual Grand Meeting (AGM).





Mm... Ketika Mendapat Anugerah Siswa Harapan UiTM Kedah yang berlangsung di Hotel Sunway Pulau Pinang. Persaingat sengit dari 4 penjuru tersungkur di kaki aku.. *Berbaloi usaha ku selama ini.

Program bersama Prof Edie Rasmunssen. The person yang kuat Pengaruh nya dalam Information Management field. Time ini saya menjadi Pengerusi Majlis. Dengan kehadiran para pensyarah memeriahkan lagi Majlis Ucapan dari Prof.

Friday, August 21, 2009

::1 Ramadhan 1430::



Salam semua buat Sahabatku.. Bagaimana menyambut kedatangan bulan Ramadhan pada kali ini? saya harap moga-moga kita mendapat syafaat dari-NYA. Pada kali ini saya menyambut kedatangan Ramadhan tanpa insan bergelar ‘IBU’. saya terlihat satu hadis ketika membaca risalah Ramadhan.



Tiga jenis doa yang dikabulkan tanpa diragukan lagi, yaitu doa orang yang dizalimi, doa kedua orang tua, dan doa seorang musafir (yang berpergian untuk maksud dan tujuan baik).


(HR. Ahmad dan Abu Dawud)



Bila saya baca ayat ni.. Teringat saya pada Mak saya. saya masih ingat lagi bagaimana Mak bertungkus lumus menyiapkan makanan kami sekeluarga untuk sahur. Seawal 4.30am mak sudah bangun untuk menyiapkan juadah bersahur.. saya ketika itu melihat adik ku yang bongsu bernama adzri terkebil-kebil mata menahan mengantuk.. tapi mak ku cepat-cepat cyg di mata dia. moga-moga luas mata dia buka.. adik saya adza masih menahan mata. Kadang-kadang menangis kerana mengantuk sangat. Selesai sahaja sahur. Mak saya menyiapkan diri untuk pergi kerja. tidak lupa juga menyiapkan adik-adik saya untuk pergi ke sekolah dan hantar mereka ke sekolah dan terus mak pergi kerja. Tepat pukul 1.30pm. mak keluar dari tempat kerja dan terus bergegas pulang untuk ambil adik-adik dari sekolah. selesai sahaja melihat adik-adik sampai di rumah. mak bergegas ke tempat kerja semula. pukul 5pm mak pulang dari tempat kerja dan masak untuk juadah berbuka. begitulah kerja seharian mak.

Saya mengaku. kejayaan saya pada hari ini datangnya sokongan dari mak dan ayah. Restu dan doa mereka iringkan. Walau hatimu sering terluka, Tika diriku terlanjur kata. Tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian. Masih segar dalam ingatan ketika Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Cemerlang di sekolah. saya melihat air mata mak menitis tatkala nama aku diumum menjadi pelajar Cemerlang serta anugerah Khas ko-kurikulum menjadi Pengawas dan Pembina Laman Web Sekolah. saya tidak sangka keadaan mak aku ketika itu.

Saya teringat lagi ketika berada di kampus.. mak call "amal dah bangun? makan apa utuk berbuka ini? makan dengan siapa? cukup tak duit mak bagi?" aku teringat kata-kata mak.. sudah setahun lebih mak meninggalkan kami.. Segala pakaian hari raya kami. Mak akan aturkan. Sehingga kan baju melayu saya.. mak uruskan. saya ini kan tidak normal. Saiz pakaian saya tidak mengikut standard orang Malaysia.

Skrg ini.... saya terfikir.. adik-adik makan macam mana? bangun sahur ker hari ini? tiap-tiap hari tergiang-giang di kepala saya. Abah aku sempat tidak balik rumah dari tempat kerja? atau makan di tengah jalan sahaja.. bagaimana pula adik-adik aku di rumah.. mereka makan apa? Adik saya Noor yang berada di tingkatan 3 skrg buat apa? bagaimana keadaan adik-adik saya? Bila mengenangkan semula. saya terpaksa tahan air mata aku. Air mata seorang lelaki...

Saya hanya berdoa agar mereka dilindungi oleh Allah SWT. Memang pahit untuk saya telan bahawa ketiadaan mak saya. Tetapi saya perlu kuat untuk menahan dugaan seperti ini berlaku pada saya dan keluarga. Skrg... saya terima dengan redha pemergian mak saya.... Maafkan Amal MAK.. Kini saya bersyukur kerana kehadiran seseorang menemani hatiku tatkala saya kesunyian dan memerlukan seseorang untuk bersama-sama dengan saya..

::Peringkat - Peringkat Isteri::


Salam buat sahabat-sahabatku.. saya terdetik ingin berkongsi sedikit pengetahuan ku kepada semua di luar sana tentang sebuah buku yang saya beli daripada kedai buku di Alor Setar pada tahun 2008. Ia menceritakan tentang asam garam perkahwinan. Tajuknya peringkat-peringkat isteri.


Peringkat-Peringkat Isteri Dalam Memberi Ketaatan dan Meminta Nafkah:


Isteri Siddiqin Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.


Isteri Muqarrobin Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.


Isteri Solehin Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.


Isteri Fasik Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah,sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami,apatah lagi dengan Tuhan.

::malu dan semalu.. Apa perbezaannya::


Pernah tengok duri semalu?? Halaman rumah saya kalau ada duri semalu saya akan buangkan. Mesti cabut sampai ke akarnya untuk memastikan dia takkan tumbuh lagi. Kalau setakat dimesin sahaja ia akan tumbuh semula...malah lebih sihat dan subur. Biasanya saya akan memakai sarung tangan....pegang pangkal pokok semalu ni dan cabut. Ia akan tercabut sekali dengan akar2nya sekali. Biasanya yang tumbuh di halaman rumah pun adalah pohon semalu yang kecil2 sahaja...mampu dicabut. Kalau di dalam hutan ia akan menjadi pohon yang besar dan terbiar.

saya ada membaca sedikit rencana yang saya dapat daripada sahabat ku dari UIA. Baru saya tahu rupanya kejadian pohon semalu ini ada kaitannya dengan diri wanita iaitu makhluk istimewa ciptaan Allah. saya cuba memahami dan membuat sedikit kesimpulan apa yang telah saya baca. Pernah suatu hari Rasulullah saw berjalan-jalan dengan puteri kesayangannya Saidatina Fatimah radiallahu anha. Ketika melintasi sepohon pokok tamar, Saidatina Fatimah terpijak duri semalu sehingga kakinya terasa sakit dan berdarah. Saidatina bertanya kepada Rasulullah...apalah gunanya pohon berduri seperti ini tumbuh di situ?


Rasulullah saw menjelaskan bahawa sifat fizikal pokok semalu amat berkait rapat dengan wanita. Terdapat empat aspek pengajaran yang boleh diambil daripada kejadian pokok tersebut.

Pertama: Sifat pokok semalu akan menguncup apabila disentuh

Ini dibandingkan dengan sifat wanita yang sepatutnya mempunyai sifat malu yang bertempat. melihat kepada remaja masa kini yang semakin terhakis sifat malunya. Sifat malu ialah satu rasa yang menggerakkan hati seseorang itu supaya meninggalkan kejahatan. Masih adakah sifat malu apabila memakai seluar jeans ketat dan baju t yang pendek....apabila tunduk akan nampaklah susur galur punggung yang amat menjelekkan kita yang memandang. Kalau ternampak situasi ni di kedai-kedai makan hilang selera kita nak menjamah makanan yang terhidang. Namun begitu ada pula remaja yang malu untuk memakai baju kurung pergi ke majlis perkahwinan dengan alasan 'kurang suci' untuk berpakaian begitu. Nampak gayanya nilai 'malu' sudah terhakis dalam diri....malu diletakkan kepada rasa yang menggerakkan hati untuk menjauhi kebaikan kerana beranggapan diri 'tidak sesuai' untuk menjadi baik.


Kedua: Pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya

Golongan wanita sepatutnya mempunyai ketahanan iman dan takwa untuk melindungi dirinya dari sebarang gejala maksiat. Sekiranya kita rasa kita kekurangan ilmu...carilah ilmu. Sekarang peluang untuk belajar amat banyak...antara hendak dengan tidak sahaja. Mempertahankan diri dalam ertikata rohani mahupun jasmani. secara rohaninya kita sentiasa berusaha memastikan hati kita berada dalam keadaan yang sihat...dijauhi dari penyakit2 hati seperti dengki, sombong, buruk sangka dan sebagainya. Zikir dan membaca buku2 kerohanian amat penting untuk sentiasa ingat dan sedar. Mempeertahankan diri dari sudut jasmaninya juga penting....adalah sedikit ilmu mempertahankan diri supaya kita akan melawan dalam situasi2 tertentu. Ini yang Islam sarankan.


Ketiga: Akar pokok tunjang semalu kuat mencengkam bumi

Ini bermakna wanita perlu ada kekuatan iman yang membimbing dirinya sepanjang kehidupannya di dunia ini. Iman adalah teras bagi wanita....iman yang menuntun kita memiliki akhlak mulia, yang sentiasa mengingatkan kita kepada kehidupan selepas kematian dan yang selalu menyedarkan kita akan nasib diri di akhirat kelak. Jadi diri yang kuat keimanan tidak akan mudah patah dengan hasutan keduniaan yang padanya hanya sementara sahaja.


Keempat: Daun semalu akan menguncup apabila terbenamnya matahari

Secara halusnya sifat ini mengajar wanita bahawa waktu matahari terbenam selayaknya wanita menamatkan aktiviti luarnya....tinggallah hanya di dalam rumah sahaja. Tidak semanisnya wanita untuk keluar rumah pada waktu malam...kecuali yang keluar atas sebab tugas dan keperluan wajib sahaja. Ketika hari hampir gelap...bersegeralah untuk pulang ke rumah.


Umat Islam mestilah ada sifat malu dalam keadaan tertentu. Jangan disalah gunakan pula sifat malu untuk membuat perkara yang baik. malu untuk bertanya, malu untuk belajar, malu untuk bercakap benar, malu untuk mengaku lemah, malu untuk mengaku miskin, malu untuk mengaku kesilapan dan dosa.....bukan malu sebegini yang kita mahukan. Malu yang sebenarnya ialah malu untuk melakukan perkara kejahatan atau yang membawa kepada perkara kejahatan.

Contohnya rasa malu untuk berada di pasaraya ketika azan maghrib berkumandang. Waktu maghrib ni amat singkat...lantaran itu berada di tempat yang sebegitu amat memalukan. Malu takut Islam dipandang rendah dengan perilaku kita...walaupun pada ketika itu wanita itu uzur. Orang bukan tahu kita uzur! Jadi bersegeralah pergi menunaikan solat tepat pada waktunya walaupun ketika di pasaraya. Kalau uzur pun, bersegeralah beredar demi maruah Islam. Sekarang senario berada di pusat2 membeli belah di waktu yang penting sebegini selalu berlaku. Walaupun kita tetap tunaikan solat (walau di hujung waktu) ketahuilah bahawa sedikit sebanyak ianya sudah menjejaskan maruah Islam itu sendiri.


Kita juga hendaklah mendidik anak kita mempunyai sifat malu. Malu pada Allah terutamanya. Ajarkan pada mereka supaya sentiasa berkata-kata di dalam diri...." Kalau aku buat perkara ni aku akan rasa malu pada....." Contohnya saya selalu pujuk anak lelaki saya supaya selalu pergi ke sekolah agama di waktu petang...atas alasan rasa malu sekiranya kita sahaja nanti yang tak pandai solat berjemaah dan tidak tahu membaca jawi. Tiap2 hari disumbatkan pujukan yang sama...lama2 terbina dalam minda dia bahawa "aku mesti pergi ke sekolah agama supaya tidak malu sekiranya aku seorang sahaja yang tidak mahir baca dan menulis jawi". Maklumlah bila badan dah penat mulalah rasa berat untuk melangkah ke sekolah agama petang pula. Banyak perkara lain yang kita boleh terapkan...malu untuk berbohong, malu untuk membuka aurat, malu untuk membuat dosa, malu untuk melawan guru dan sebagainya. Terapkan sifat MALU kepada mereka.....dan ceritakan kisah duri SEMALU ini kepada mereka.


Apabila tebal rasa malu kepada Allah pasti akan timbul dalam diri akan rasa malu kepada diri sendiri. Apa tidaknya...kalau tangan mengambil barang orang, sekurang2nya kita berasa malu kepada mata dan kulit kita yang akan menjadi saksi perbuatan itu ketika di akhirat. Ataupun kita berasa malu untuk "mandi seragam" ketika di bilik air kerana berasa malu kepada makhluk Allah yang lain yang turut ada bersama dengan kita iaitu malaikat dan syaitan. Jadi...benarlah bahawa sifat malu ini mampu mendidik diri kita untuk lebih taat kepada perintah Allah. Betapa sifat ini penting untuk menjadikan kita mukminah sejati.


Sekiranya masih juga tidak ada rasa malu, bersedialah dengan apa yang Nabi Muhammad saw berpesan kepada kita......"Sesungguhnya Allah apabila hendak membinasakan seseorang maka dicabutkan rasa malu dari setiap mereka..." Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari tergolong dalam golongan ini. Marilah kita sama2 menyemai sifat "MALU" seperti duri "SEMALU".

Sunday, August 16, 2009

::Modul PPKP::


Salam ukhuwah... Hari ini saya terlibat dengan program Modul PPKP Diploma anjuran Unit Latihan UiTM. Seperti Biasa saya menjadi fasilitator bagi kumpulan Account & TEKA. Modul ini mempunyai Dua fasa. Fasa 1 adalah Pengurusan Diri dan Pembangunan Sikap. saya bersiap lebih kurang 8.00am dan program berakhir 5.30pm. saya enjoy dengan aktiviti ini. Bukan sahaja dapat berkongsi Maklumat bahkan dapat berkongsi dengan adik-adik tentang leadership skills yang saya apply ketika menuntut ketika di UiTM Merbok dan UiTM Puncak Perdana. Pelbagai game saya adakan antaranya game Penceritaan, Siapakah aku , Si buta dan macam-macam lagi. saya guna segala pengalaman tentang leadership skills berkongsi dengan adik-adik yang kebanyakan baru semester 1.

Fasa 2 melibatkan konsep mesra ilmu, Insan dan Alam. Lebih kepada menghayati falsafah kewujudan UiTM dan tanda kesyukuran kepada UiTM amnya. saya harap lagi ramai pelapis terutamanya dari Fakulti IS mempunyai bakat- bakat yang perlu kita cungkil untuk menjadi fasilitator hebat pada masa hadapan. saya lebih bangga sekiranya ia muncul dari Fakulti saya mempunyai bakat yang boleh diketengahkan kepada dunia fasilitator dan kaunseling..

Saturday, August 15, 2009

::Salam Ukuwah::

Salam 1 Malaysia.. Kepada semua sahabat-sahabat handai yang mengenali saya.. kita berkongsi segala pengalaman dan pengetahuan yang ada untuk kebaikan kita bersama. Blog ini juga dibina hasil tantapan semua sahabat-sahabat untuk mengenali lebih dekat siapakah saya..