Monday, November 23, 2009

.::Weekend::.

Baru-baru ini.. saya dipanggil untuk membantu UMNO Bahagian Kuala Kedah bagi program Belia Benci Dadah. Program ini bertempat di Seri Kedah Gardeniaa Resort, Hosba Valley Jitra selama 3 hari 2 malam. Program ini anjuran Biro Pembangunan Insan UMNO Bhg Kuala Kedah mendapat kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Kedah serta Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar. Saya sampai sahaja pada pukul 10.00 pagi dari Shah Alam terus ke Seri Kedah Gardeniaa Resort, Hosba Valley, Jitra.

Saya ditempatkan di chalet yang sepatutnya dihuni seramai 5 org tetapi hanya saya sorang sahaja ada di chalet itu. boleh bayangkan tidur sorang-sorang.. haha.. Kebanyakan Urusetia sudah berkahwin. so hanya saya single dan available sahaja. * Bila lah hendak ada teman ini*

Saya diberi tanggugjawab dan berperanan untuk menjadikan peserta dari belia ini menjadi mentor kepada belia di luar sana. program selama 3 hari ini banyak menekan kan bahayanya dadah dan HIV. Sedikit Sebanyak dapat menambahkan pengetahuan saya tentang bahana najis dadah ini. Pada Malam Perasmian saya ditugaskan menjadi pengerusi majlis.. Ini merupakan tanggungjawab berat. Program ini dihadiri semua peringkat bahagian serta Dato Latt Shahriman B Abdullah merupakan Pegawai Tugas-Tugas Khas YAB PM kita merangkap Ketua UMNO Bhg Kuala Kedah. Saya apa lagi guna pantun setiap selingan saya. Program riadah saya handle pagi dan petang. Lucu melihat gelagat peserta yang tidak tahan gelak bila sesi panaskan badan.. sini saya sertakan gambar-gambar yang sempat saya ambil.


Bersama Para peserta


 Menjadi Pengerusi Majlis


 bergambar bersama VVIP


Memberi ceramah


 Slot kisah benar

Saya seperti bertanggugjwab untuk memastikan setiap belia yang menghadiri mendapat benefit serta pendedahan awal bahayanya najis dadah dan penularan HIV. dengan sokongan serta kerjasama yang ditunjukkan setiap pihak dapat membantu belia skrg..

Selepas habis program ini selesai pada pukul 4pm. saya terus bergegas ke UiTM Kedah. Porgram Alumni selama 2 hari 1 malam diadakan. saya sempat menghadiri majlis makan malam dan mesyuarat penubuhan UiTM Kedah Alumni. Saya diberi tanggugjawab mengawal zon tengah yang merangkumi kuala lumpur dan selangor. Kepada semua alumni boleh lah menghubungi saya bagi mengemaskini database Alumni Kedah. Saya turut bertanggugjawab membina laman sosial Facebook Alumni UiTM Kedah bagi menjadikan platform dan medium mewar-warkan semua alumni di luar sana.


Acara Memotong kek oleh Pengarah Kampus


Menyampaikan Hadiah


Majlis Persembahan


Mesyuarat Penubuhan Alumni


Tantapan Umum. haha

Setelah selesai mesyuarat penubuhan Alumni Kedah. saya bergegas untuk pulang ke Shah Alam bagi menguruskan kerja NA Master Resources yang masih tertunggak  sehingga Hari raya Aidiladha. Semoga perjalanan saya mendapat keberkatan dari ALLAH SWT.

Saya petik dari kata-kata Peter F. Drucker:

Kepimpinan bukannya keperibadian yang kuat daya penariknya yang menjadikan seseorang petah berkata-kata. Ianya bukan hanya kemahiran mencari kawan dan mempengaruhi orang ramai dengan puji-pujian kerana itu hanyalah mengampu. kepimpinan ialah membawa pandangan seseorang kearah lebih baik, meningkatkan prestasi seseorang ke peringkat lebih tinggi dan membawa personaliti menjangkaui kebiasaan.

Monday, November 16, 2009

::Yayasan Kepimpinan Belia::



Yayasan Kepimpinan Belia merupakan nama yang akan saya setup dibawah Kementerian Belia Dan Sukan dan Jabatan Belia Selangor.. Nama Pertubuhan ini hampir 3 minggu saya fikirkan untuk nama yang sesuai untuk Pertubuhan Belia Ini. Finally.. I got this name..

Ini terjadi ketika kunjungan saya ke Jabatan Belia Dan Sukan Selangor untuk memohon Skim Niaga di bawah Kementerian Belia dan Sukan.  Ketika saya berjumpa dengan En Rosli Sam, seorang Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Selangor untuk perbincangan tentang Skim untuk company saya. tiba-tiba En Rosli Sam menawarkan kepada saya untuk menubuhkan kepimpinan belia dibawah Jabatan Belia dan Sukan. Maybe melihat cara saya bercakap dan gaya ketika itu.. haha.. terus sampaikan hasrat dihati ini.. semua kelengkapan diserahkan kepada saya untuk membentuk committee di peringkat persatuan sebelum diserahkan kertas kerja kepada Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya.. Segala Perlembangaan dan minit mesyuarat telah siap hanya masa menanti dan sesuai untuk setup..

Setelah 3 minggu saya fikirkan nama yang sesuai bg persatuan ini.. maka planning sudah saya aturkan hanya implementation belum dilaksanakan. Objektif, Vision dan Mission telah saya fikirkan dan tidak sabar hendak melancarkan Pertubuhan ini.. It's like NGO dan diharap semua belia di Malaysia ramai-ramai mendaftarkan sebagai ahli Yayasan kepimpinan Belia apabila sudah didaftarkan di bawah Kementerian Belia dan sukan. At least belia dapat bersama-sama program yang dianjurkan dan mengisi masa lapang dengan program yg berfaedah..

Diharap Pertubuhan ini akan mendapat Impak yang besar kepada Negara dan Belia.. Aim saya hendak melahirkan belia yg berkepimpinan di peringkat sekolah lagi sehingga IPT semoga segala vision dan mission Malaysia dapat disemarakkan dan didukung.. Itu main objektif saya.. Sekolah-sekolah yg kurang infrastruktur dan kewangan itu yg perlu kita bantu.. program di peringkat sekolah ini lah kita akan develop dn mencungkil bakat kepimpinan sekolah perlu dilaksanakan... Kita hendak melahirkan pelajar yang mempunyai sifat pemimpin serta mencungkil semangat memajukan diri sendiri..

InsyaALLAH... semoga perjuangan kita sebagai org melayu dan bumiputera kita pelihara untuk generasi yang akan datang.. Malaysia Boleh..

Nota Kaki
(Hopefully semua tertarik dengan pantun saya yang saya create)

Kalau mencari tempat mandi,
Pertama teluk kedua pantai,
Kalau cari pemimpin negeri,
Pertama elok kedua pandai.


Tuesday, November 10, 2009



Saatku Pejamkan Mata
Tika ku putus harapan
Kau ke depan
Tika ku jatuh tersungkur
Kau bangunkan
Ku bersyukur kerana dikau ada
Kau buat hidup aku sempurna
Tika ramai yang membenci
Ku kau sayangi
Tika ramai yang memuji
Kau mengerti
Masaku bukan hanya milik kita
Tetapi 'tuk dikongsi semua

Andainya kau tiada, aku kan parah
Kehilangan arah dan hancur rebah
Kaulah segalanya makna kehidupan ku
Oh Tuhan ku tolonglah, beri ku restu
Ku dalam pelukannya di saat itu
Saat aku dipejamkan mata ku


Kau beri ku kekuatan
Bila tertekan
Beri yang ku perlu dan cinta mu
Aku yakin akulah jejaka yang paling bertuah di dunia

( Repeat * )

Semoga dia bersama
Saat daku pejamkan mata
Saat daku pejamkan mata ku
Oh Tuhan ku biarlah dia di situ
Oh Tuhan ku biarlah dia di situ menemani diri ku
Saat daku pejam mata ku

Diri ku ingin bersama ke akhirnya
Dan bila ku melamar katalah "Iya"
Hanya itu saja ingin ku dengar
Ku 'kan ikhtiar terbaiknya untuk mu

Thursday, November 5, 2009

.::Suatu Hari Nanti::.

Hal terpenting bagi seseorang di dunia ini adalah memiliki iman yang benar, akhlak yang terpuji, akal yang lurus, tubuh yang sihat dan rezeki yang berkat. selain semua itu adalah beramal dan mengisi waktu dengan kesibukan yang bermaafaat.


Salam bt semua sahabatku yg mengenali diri ku ini... saya semakin ke penghujung semester dan menamatkan semester pertama dengan jayanya.. dengan semua bantuan sahabat-sahabatku dan my beloved lecturer.. semua Final Project dapat dihasilkan dengan jayanya. Bila difikirkan semula.. Pelbagai kerja dibuat didalam satu masa. Tumpuan diberi kepada Company yg baru setahun jagung tetapi permintaan melebihi planning asal sebenarnya. Rakan-rakan kongsi banyak membantu dan faham keadaan sebenar syarikat yang memerlukan banyak pengorbanan wang ringgit serta masa...



26hb sempat berkonvo Ijazah Sarjana Muda di Dewan Sri Budiman. Thanks for all my friends yang menghadiahkan bunga serta teddy bear.. haha.. Kepada Abah dan Arwah Mak terima kasih memberikan support to me... I Love you..

27hb adalah hari Program Waja Diri SMK Kinrara form 3 yang baru lps PMR merelease kan tension dari exam. Saya selaku ketua Fasilitator Menghiburkan Peserta dengan Game dan Modul yang sempat dibuat even masa sangat singkat dari pagi sehingga Petang. Dengan aktiviti dimulakan dengan Memanaskan badan. Saya praktik apa yang tahu dengan Pocong dan Sekupang dua Kupang aktiviti senaman. Then pembahagian group dimulakan dengan memberikan sekeping kertas setiap seorang yang mengandungi jenis-jenis haiwan. Mereka terpaksa bunyikan haiwan yang mereka dapat untuk membentuk kumpulan. Kelakar pun ada tengok gelagat mereka dengan mimik muka dan gaya yang tidak sepatutnya ditonjolkan. haha.. Then Aktiviti Jungle Treaking.. Malang nya saya sempat ikut separuh sebab nya salah seorang peserta sudah tidak mampu nak ikut serta. terpaksa lah teman budak ini yang dipanggil Nurul Iman. Obstacle Course yang paling tidak tahan melihat budak-budak yang takut dengan lumpur.. Terpaksa lah dengan arahan saya. 'TERJUN CEPAT' .. haha... Petang nya aktiviti air seperti water confident danMeniti Titi.. Diakhiri Program mendengar segala luahan hati peserta yang rata-rata tidak puas dalam masa sehari. Jika diizikan hendak diadakan selama 3 hari 2 malam.. penat seh..





Pada Tengah Malam saya sekeluarga even badan penat dari ptg td program bersama SMK Kinrara diteruskan ke Mersing, Johor bagi mengunjungi pusara Mak.. Kalaulah Mak ada ketika time Konvo ku.. Tentu Meriah kan..  Beliaulah banyak memberikan semangat dan dengar masalah saya ketika saya dalam masalah pelajaran mahupun Non Academic. Allah lebih saygkan beliau.. Saya Redha.. Menyelesaikan masalah Mak di mersing serta saya mempunyai impian untuk ada rumah disini berdekatan dengan mak.. Itulah Long Term saya ketika Ini..

NA Master Resources company ku yg semakin menunjukan perkembangan positif. Syukur permintaan sangat menggalakan. Dari Department Catering Serta Printing dan Designing. Training Department masih menunggu Jawapan. Meeting Board diadakan selama hampir 3 jam membincangkan masa depan company.. Sahabat-sahabatku meluahkan perasaan serta merencana pentadbiran jalan secara sistematik.

BBQ APB bertempat ABP faculty diadakan gathering sempena menghargai Committe Malam Seribu Bintang. Chef diimport khas dari Adik Sahabatku bukan calang-calang dibuatnya.. haha.. Even Kayu Arang lambat membakar diri akibat cuaca tidak menentu tidak boleh dijadikan alasan. Customer is Always Right.
apa-apa leh melayari blog Company http://masterpatner.blogspot.com. Sesiapa Yang Ingin Perkhidmatan Kami. Boleh Terus email kan kepada kami na.master.resources@gmail.com.

Next Plan is to set up Pertubuhan Belia dan Post Graduate Society Bwh Phd Dan Master.. Ini Next Plan nya.. 2 bulan ini saya akan prepare proposal Untuk Jabatan Belia dan sukan serta Fakulti bagi membolehkan kertas Kerja ini diterima... Ini lah nilai-nilai murni yang saya sumbangkan untuk masyarakat. Bukan sahaja untuk kita tetapi semua masyarakt mendapat manfaat bersama... Especially peserta dari sekolah-sekolah pendalaman...

Semoga apa yang kita harapkan mengikut perancangan yang kita laksanankan bersama  dan Allah yang menentukan segalanya..