salam bt sahabat-sahabat ku.. terasa lama benar tidak ku mencoret sesuatu di laman blog saya. Allahamdulilah... kesihatan saya sihat walafiat tanpa sebarang gangguan.. Dalam 2 minggu ni sibuk develop Department Training untuk company saya NA Master Resources. Program yang menyusul adalah dari Rukun Tetangga di Bawah Jabatan Perpaduan Negara. sibuk merancang dari segi kesesuain kem, tentatif, penceramah yg ingin dijemput dan paling penting dari segi budget.
Tempahan baju-baju pun semakin rancak sekarang.. dengan asingment Master semakin bertimbun-timbun.. Tiba-tiba saya mendapat satu lagi program di bawah company untuk menjalankan program leadership program di bawah fakulti Akademi Pengajian Bahasa.. Tempahan Catering pun tidak kurang hebatnya untuk mendapatkan tempahan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Hujung Minggu pula dipenuhi dengan program modul. saya menjadi fasilitator untuk program Akaun dan TEKA. Seronok benar dapat bersama-sama dengan adik berkongsi pengetahuan sambil menjalankan tugas aku sebagai fasilitator. Pengisian juga sangat menarik pengurusan Organisasi. Memang bidang yang saya minat dan tahu modul nya. saya berkongsi pengalaman bersama adik-adik yang rata-rata masih muda dalam pengurusan organisasi. saya mengajar bagaimana terbentuknya Jawatankuasa, Kertas kerja dalam program dan bagaimana pula kita untuk mendapatkan budget secara internal dan external.
Tiap-tiah hari rabu dan khamis setiap minggu pula saya menghabiskan kerja saya sebagai alumni MPP bagi program bersama badan-badan berkanun. Antara program nya ala-ala 1 Malaysia:
- One Malaysia @ One nation
- Satu komuniti, satu semangat Ekspedisi Kayak
- Pemantapan Sosial, Semarak 1 Malaysia
- Pengukuhan Komuniti satu objektif Satu Suara
Lega hati sebab yang pertama selama sebulan saya bertungkus lumus menyiapkan 10 kertas kerja atas badan berkanun dan diluluskan sebanyak 4 kertas kerja. Berbaloi selama ni usaha dengan membahagi masa dengan asingment master yang selalu kena reject.. hehe... tapi ini semua belajar dari pengalaman. untuk mendapatkan kerja yang berkualiti bukan senang. so... kualiti asingment merupakan kualiti penghasilan kerja kita itu.
Kita sekarang menunggu detik untuk menyambut hari lembaran kita umat islam. kira-kira 5 hari lagi kita akan menyambut aidilfitri. kerja-kerja yang tertangguh especially kerja asignmnet akan ku bawa bersama-sama balik kampung. Jangan lupa jaga kesihatan dan yang penting saya mengucapkan Selamat Hari Raya Adilfitri kepada semua sahabat-sahabat saya. Kita tidak sedar akan kesilapan kita apa jua kesalahan kita lakukan. Time ni lah saya menadah kemaafan kepada semua sekiranya saya melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.
No comments:
Post a Comment