Wednesday, July 13, 2011

.::Masih Kan Kau Ingat::.

Wahai wanita. Kenapa kau sanggup melakukan begini pada aku. Aku benar-benar kecil hati skrg dan kecewa dengan apa yang kau sudah lakukan. Hati manusia cepat sungguh berubah.


Masihkan kau ingat... ketika aku sakit di Kolej. Aku demam panas ketika itu dan suhu mencecah 40'c. Kau tentu faham sekiranya aku sakit bukan sakit biasa tetapi sakit luar biasa kerana aku jarang sakit. Kau sanggup menempuh kesesakan, menaiki bas 2,3 kali serta Train. Kerana apa.. Kau menyatakan kerana kau sayang dan cinta pada aku.. TAPI... sekarang semua sudah berubah kau sanggup mementingkan kerja pejabat kau sedangkan aku merana di atas katil menunggu kehadiranmu. TETAPI.. wanita lain yang menemaniku tatkala aku memerlukan mu.. DULU kau tidak pernah sekali pun keluar dari bibirmu memberi sebab dan mengapa.. TETAPI sekarang kau memberi pelbagai 1001 alasan tidak dapat bersama dengan aku ketika aku sakit dan dihantar ke hospital. Kerana apa aku sakit? kerana kau wahai wanita.

Dulu setiap kali aku message di malam hari.. pasti sekali kau akan membalas semula tanpa aku perlu menunggu lama. aku minta maaf kerana banyak menyusah kan kau kerana ketika itu aku benar-benar perlukan seseorang untuk menemani aku tatkala aku kehilangan tempat bergantung ketika itu yang paling aku kehilangan kasih sayang dari seorang ibu ketika itu.. TETAPI skrg aku kehilangan segala-galanya. aku kehilangan kedua-dua belah kaki aku yang selama ini aku berpaut untuk meneruskan kehidupan aku. aku bersyukur ketika itu kerana kau ada ketika aku memerlukan kau. TETAPI sekarang semua sudah berubah. kau memberikan pelbagai alasan. Alasan untuk memenangi dirimu. aku terlalu rindukan mereka ketika aku penat bekerja disiang hari. aku bekerja semata-mata untuk aku kumpulkan wang dan harta supaya kita lekas mendirikan rumah tangga. aku tidak mau keadaan begini hubungan kita. TETAPI dimana kau ketika aku memerlukan kau. kau nyenyak tidur dibuai mimpi. aku disini menanggung kerinduan terhadap mereka. aku tidak ada sesiapa di dunia ini. hanya KAU wahai wanita. Kenapa kau begitu drastik berubah perangai dan tingkah laku mu. adakah kau bersama aku ketika senang tetapi ketika aku kesusahan kau tinggalkan aku seorang diri. kenapa kau begitu KEJAM sekali. aku terlalu perlukan kau ketika itu. Atau aku sudah ada dalam gengaman kau. oleh itu kau boleh sesuka hati mainkan perasaan aku.

Masihkah kau ingat.. ketika kau sakit di kolej. aku sanggup mengenepikan mesyuarat penting aku bersama pengetua di siang hari dan malam hari bersama penasihat fakulti.. Aku tidak sanggup melihat kau sakit sedangkan aku menjalankan tugas aku tanpa memikir kan kau. kerana sapa?? kerana kau wahai wanita.

Masihkan kau ingat... ketika kau accident di pagi hari sebelum pergi kerja. aku mendapat panggilan mu ketika itu aku sedang menyiapkan Thesis aku dan thesis itu perlu aku segera siapkan untuk dihantar kepada supervisor. Aku kelam kabut bersiap untuk mengambil kau tanpa aku mandi dahulu. aku sangat risau akan keselamatan kau dan kau pasti tahu apabila aku dalam keadaan begini pemanduan aku tentu sekali bukan pemanduan biasa. Kerana sapa?? kerana kau wahai wanita.

Aku berusaha untuk membeli kereta kancil buatmu kerana aku risau akan keselamatan kau. aku berusaha mencari duit lebih untuk kau. aku sanggup kerja lebih masa dengan melakukan kerja di UiTM Puncak Alam mengangkat kotak-kotak kertas semata-mata untuk mencari duit lebih. Sehingga aku pengsan dihadapan rumah kerana aku benar-benar tidak larat dalam seminggu ini melakukan kerja lebih masa. Aku dalam sehari hanya tidur 4 jam sahaja. Doktor berkata pada aku bahawa darah aku tinggi dan perlu berehat secukupnya. Aku seharian terlantar atas katil menunggu kau. TETAPI kau tidak muncul sekali pun. kau memberikan alasan bahawa kau tidak mempunyai pengangkutan. TETAPI mengapa kau dulu boleh melakukan apa sahaja demi aku? Aku sanggup tutup kedai pada hari isnin kerana kau. Aku ingin mengembirakan kau. aku bawa kau berjalan-jalan untuk menghiburkan kau wahai wanita. TETAPI inikah pembalasan kau terhadap aku? Aku bayar semula duit kau sebanyak RM2000.00. Kau tahu aku pinjam dari mana duit itu? Ada kau bertanya tentang mana sumber duit itu datang? pernah kau bertanya dapat dari mana duit sebanyak itu?

Masihkah kau ingat tarikh kematian abah? ada kau mengingatkan kepada aku tentang tarikh itu? yang kau tahu tarikh untuk ke hadyai serta tarikh untuk berhibur. adakah kau mengingati tarikh itu?

Aku sejujurnya dengan kau... aku tidak pernah melakukan apa yang aku lakukan selama ini dengan mana-mana wanita sebelum ini walaupun dengan wanita lama aku. kenapa kau sanggup melakukan begini kepada aku.. Seringkali aku mendengar, Patah tumbuh hilang berganti, Tetapi bagi ku tidak mahu, Cinta selain darimu.

Cuba kau fikir sekiranya perkara yang aku alami ketika ini ada pada kau. Apa perasaan kau ketika ini? adakah aku sudah tiada di dunia ini baru kau akan menyesal atau mengeluarkan air mata mengenangkan aku sudah tiada di dunia ini? atau aku meninggal dunia baru kau tergesa-gesa mahu melihat aku di pusara? Kenangkan semula janji-janji manis kau ketika bersama aku wahai wanita...


Aku semakin tawar hati dan sangat kecewa dengan apa yang sudah kau lakukan terhadap aku. Biarlah aku bersendirian ketika ini. Aku tidak mahu kau menganggu aku lagi. cukuplah aku kehilangan segala-galanya.

3 comments:

  1. abg ein...bykkn bersabar tuk hadapi sumenye k...

    ReplyDelete
  2. Be strong. Akmal, ni ada pesanan dr ustaz Pahrol Mohd Juoi

    "Rasulullah pun pernah merasai kehilangan insan tersayang, saat Khadijah pergi buat selama-lamanya. Itulah Khadijah kekasih Rasulullah, insan terhampir ketika semuanya meminggir.


    Baginda kehilangan dorongan pada jiwa dan harta. Khadijah tiada lagi. Pergi ketika kasih dan cintanya masih didambakan. Sudah hilang bisikan yang memberikannya semangat, kasih sayang, pembelaan dan kemesraan. Baginda berdukacita.

    Jika kita kematian ayah, ibu, datuk, isteri, ayah saudara, anak dan sahabat… kita kenangilah hidup Rasullullah yang telah melalui segala dan semua itu.

    Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku."

    ReplyDelete
  3. Dalam sesebuah perhubungan, ibarat rumah yang kita sedang bina..memerlukan pengertian kedua belah pihak.. memerlukan kejujuran kedua belah pihak..memerlukan perasaan hormat-menghormati kedua belah pihak..
    jika salah satunya kecundang, akan patah satu tiang rumah yang kita bina. jika sebelah pihak terkapai2 untuk menyiapkan rumah tersebut, sebelah pihak lagi harus membantu..begitulah sebaliknya..
    Tapi harus kita ingat tidak ada seorang pun manusia di dunia ini sempurna. Setiap manusia pasti melakukan kesilapan.
    Sebab itu Allah menjadikan setiap makhluknya berpasangan. Bukan untuk memberi dan menerima kelebihan yang ada. Sebaliknya saling melengkapi antara satu sama lain...
    Maaf andai bicara ini mengganggu pihak awk..Sekadar berkongsi pendapat..
    Harap awk tabah mengharungi hidup yang penuh dengan cabaran. Setiap kejadian ada hikmahnya..

    "Jika Allah tidak memakbulkan doamu, tidak bermakna Allah tidak menyayangimu..Tetapi Allah sedang merangcang sesuatu yang lebih baik buatmu..Oleh itu, jangan sesekali berprasangka buruk terhadapNya.."

    Tiada cinta yang sempurna melainkan CINTA DIA...:-)

    Wassalam..

    ReplyDelete