Wednesday, September 30, 2009

::Nur Fazlien Al Ain::

Kehilangan nya terasa sungguh di hati ini. Tidak pernah ku rasa sebelum ini. saya benar-benar terasa di sudut hati ini. adakah pemergianya akan membuatkan rindu ku semakin menebal di hati ini. segala suka dan duka dikongsi bersama-sama si dia. Segala pahit manis ketika bersama si dia sungguh tidak dapat ku lupakan. Adakah ini dinamakan rindu. Rindu yang kurasa. segala janji dan ikrar ketika bersama tidak pernah kulupa sepanjang perkenalan kami. Ku rasakan ini dinamakan 'cinta'. Cinta manis ketika bersama tetapi racun ketika berjauhan. Setiap kata-kata nya sentiasa tersemat dihati ini. bagaimana si dia boleh bersama dengan ku walau ku sibuk menguruskan kerja-kerja persatuan. kerja-kerja company. Asignment ku yang sentiasa bertambah. Si dia setia bersama ku tetapi takdir penentu segalanya. perpisahan kami ku redha.

Kadang-kala wajah yang terbayang-bayang di setiap sudut walaupun tika ku hampir melelapkan mata. tika mendengar lagu bertajuk 'karena ku sayang kamu'... teringat akan dia.. Kenapa hubungan berakhir begini. Saya teringat lagu kegemaranya. Lagu yang setiap kali diputarkan di Ladtop miliknya. Karena ku sayang kamu dinyanyikan oleh dygta. Cuba kita hayati bait-bait lagu ini:

Karena ku sayang kamu


Seandainya, kau ada disini denganku,mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu, yang selalu menemaniku,hiasi malam sepiku
Ku ingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah, berpaling darimu
Walau kini kau jauh dariku‘kan s’lalu ku nanti
karena, ku sayang kamu
Hati ini, selalu memanggil namamu, dengarlah melatiku
Ku berjanji, hanyalah untukmu cintaku
takkan pernah ada yang lain
Adakah rindu dihatimu
seperti rindu yang ku rasa
Sanggupkah ku terus terlena
tanpamu di sisiku
ku ‘kan s’lalu menantimu

kan s’lalu ku nanti, karena, ku sayang KAMU....









saya benar dan faham apakah maksud cinta sebenarnya. Pernah terbaca sebuah buku bertajuk 'cinta hakiki' hasil nukilan Dr Sahab dari Indonesia menyatakan tentang CINTA..



  • Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah CINTA


  • CINTA dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat. Inilah dinamalan CINTA


  • CINTA bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi CINTA adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. Memang betul ini dinamakan CINTA.
Saya terasa benar sunyi tanpa dia. Cinta hakiki adalah cinta yang sempurna antara kita dan si dia...

jika ia sebuah cinta
ia tidak mendengar…
namun sentiasa bergetar….
jika ia sebuah cinta
ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa..
jika ia sebuah cinta
ia tidak menyeksa
namun sentiasa menguji
jika ia sebuah cinta
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha…
jika ia sebuah cinta
ia tidak cantik
namun sentiasa menarik…
jika ia sebuah cinta
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati…
jika ia sebuah cinta
ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata..
jika ia sebuah cinta
ia tidak hanya berjanji..
namun sentiasa cuba memenangi..
jika ia sebuah cinta
ia mungkin tidak suci..
namun sentiasa harmoni…
jika ia sebuah cinta
ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan…
jika ia sebuah cinta
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan…
semuanya.. jika ianya sebuah cinta………

Yerlah.. siapalah boleh tahan dengan saya.. kami jauh.. kedudukan masing-masing jauh. then.. saya jarang balik even cuti semester kerana dipenuhi program-program UiTM. Membuatkan hubungan kami semakin hari semakin jauh dan terasing. Siapa boleh tahan hidup bersamaku. ku sedar ini lah akibatnya bagi diriku yang terlalu obses dengan kerja.. mana boleh tahan si dia. time dia cuti.. saya ada kerja.. boleh dikira hanya satu tahun dalam seminggu sahaja dapat balik rumah. paling lama 2 minggu. itupun urusan kerja di Alor Setar. Jika dapat lama pun.. ku banyak menghabiskan masa bersama kerja-kerja company ku.

Sekarang... masa untuk saya menyibukan diri lagi bagi melupakan segala-galanya tentang dia. tentang suka dan duka bersama si dia. si dia banyak mengajar saya bagaimana menyayangi seseorang. biarlah dia pergi mencari yang lebih baik. seseorang yang dapat menemankan hati dia... sesorang yang dapat mengembirakan hati dia.. Saya doakan dia mendapat lebih sesuai dan lebih baik daripada saya ini. Insan yang sentiasa merindui si dia..

Monday, September 14, 2009

::Oh Program Ku::






salam bt sahabat-sahabat ku.. terasa lama benar tidak ku mencoret sesuatu di laman blog saya. Allahamdulilah... kesihatan saya sihat walafiat tanpa sebarang gangguan.. Dalam 2 minggu ni sibuk develop Department Training untuk company saya NA Master Resources. Program yang menyusul adalah dari Rukun Tetangga di Bawah Jabatan Perpaduan Negara. sibuk merancang dari segi kesesuain kem, tentatif, penceramah yg ingin dijemput dan paling penting dari segi budget.






Tempahan baju-baju pun semakin rancak sekarang.. dengan asingment Master semakin bertimbun-timbun.. Tiba-tiba saya mendapat satu lagi program di bawah company untuk menjalankan program leadership program di bawah fakulti Akademi Pengajian Bahasa.. Tempahan Catering pun tidak kurang hebatnya untuk mendapatkan tempahan selepas Hari Raya Aidilfitri.


Hujung Minggu pula dipenuhi dengan program modul. saya menjadi fasilitator untuk program Akaun dan TEKA. Seronok benar dapat bersama-sama dengan adik berkongsi pengetahuan sambil menjalankan tugas aku sebagai fasilitator. Pengisian juga sangat menarik pengurusan Organisasi. Memang bidang yang saya minat dan tahu modul nya. saya berkongsi pengalaman bersama adik-adik yang rata-rata masih muda dalam pengurusan organisasi. saya mengajar bagaimana terbentuknya Jawatankuasa, Kertas kerja dalam program dan bagaimana pula kita untuk mendapatkan budget secara internal dan external.

Tiap-tiah hari rabu dan khamis setiap minggu pula saya menghabiskan kerja saya sebagai alumni MPP bagi program bersama badan-badan berkanun. Antara program nya ala-ala 1 Malaysia:
  • One Malaysia @ One nation

  • Satu komuniti, satu semangat Ekspedisi Kayak
  • Pemantapan Sosial, Semarak 1 Malaysia
  • Pengukuhan Komuniti satu objektif Satu Suara

Lega hati sebab yang pertama selama sebulan saya bertungkus lumus menyiapkan 10 kertas kerja atas badan berkanun dan diluluskan sebanyak 4 kertas kerja. Berbaloi selama ni usaha dengan membahagi masa dengan asingment master yang selalu kena reject.. hehe... tapi ini semua belajar dari pengalaman. untuk mendapatkan kerja yang berkualiti bukan senang. so... kualiti asingment merupakan kualiti penghasilan kerja kita itu.






Kita sekarang menunggu detik untuk menyambut hari lembaran kita umat islam. kira-kira 5 hari lagi kita akan menyambut aidilfitri. kerja-kerja yang tertangguh especially kerja asignmnet akan ku bawa bersama-sama balik kampung. Jangan lupa jaga kesihatan dan yang penting saya mengucapkan Selamat Hari Raya Adilfitri kepada semua sahabat-sahabat saya. Kita tidak sedar akan kesilapan kita apa jua kesalahan kita lakukan. Time ni lah saya menadah kemaafan kepada semua sekiranya saya melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.