Wednesday, May 30, 2012

Dunia Baru

Salam 1 Malaysia bt semua sahabat-sahabat aku. Agak lama juga tidak ber update blog nie. Dan tidak kurang ramai juga mempersoalkan status blog aku nie. wujud kah? atau tiada idea kah? atau terlalu sibuk kah? all the quaestions around me. aku tahu masih ramai yang mengambil berat about me.

Sebenarnya tatkala masuk tahun 2012 ini banyak berlaku perubahan yang aku anggap sangat drastik. Nak dikatakan kesibukan melanda tidak perlu diungkapkan disini tetapi the most significance how we manage and handle your time. bagi aku anyone yang selalu ungkapkan perkataan sibuk sebenarnya orang yang tidak pandai manage your time.

Bermula nya 16hb Januari 2012 aku bertugas di NAZA yakni Konglemerat yang bagi aku sangat besar. Bertugas di Corporate Affairs di bawah Shohimi Shafie selaku Pegawai Khas Datuk Wira SM Faisal B Tan Sri SM Nasimuddin. sebenarnya tidak banyak beza tugas aku dahulu dengan sekarang. Kebanyakan bermain arahan dan tugas yang tidak menentu. Perlukan pengorbanan masa yang acapkali pulang lewat ke rumah. Kebanyakan perlu diselesaikan masalah diperingkat Menteri dan juga melibatkan pihak Istana Negara.

Ketika program Sidang Media Fiqh Mentaati Pemimpin
bersama YB Dato Dr Abdullah Mat Zin 

Pelepasan Chevrolet Captiva

Pada ketika ini aku juga merupakan Pensyarah Separuh Masa bagi UNITEN berpangkalan di Kolej ASTIN. Akibat masa yang tidak menentu menuntut aku mengorbankan masa antara 8 malam sehingga 10 malam bagi mengajar student Foundation bagi subjek Business IT. Selesai sahaja kerja hakiki aku di NAZA bergegas pula ke kolej bagi meneruskan agenda aku untuk menyebarkan dan menyampaikan maklumat pada para pelajar aku yang rata-ratanya pelbagai kaum.

Selesai sahaja tugas sebagai pensyarah pada pukul 10.00 malam terus aku ke Pejabat NA Master Resources  yang merupakan Syarikat milik aku. Aku akan meneliti setiap kertas kerja, Sebut Harga dan berjumpa customer/client bagi membincangkan harga serta memantau bahagian Operasi dan staff-staff aku. Sebenarnya Syarikat aku baru berpindah dari Shah Alam ke Alam Jaya. So banyak perlu dititik beratkan memandangkan a new evironment have been change. Selain itu banyak tranformasi telah berlaku dengan operasi 100% telah dilakukan dengan permulaan Silkscreen dan heat press turut dilakukan sendiri. dengan itu pertambahan 1 kedai dan 1 lot Pejabat di Alam Jaya milik NA Master Resources. Banyak perkara perlu belajar dari segi management dan operational.

Bersama Rakan kongi merangkap sahabat aku ketika berada di Pejabat Operasi NA Master


Tepat pada pukul 1.00 pagi kadang-kadang sehingga 2 pagi aku akan sampai di teratak aku. melihat adik-adik aku yang masih kecil sudah lama dibuai mimpi membuat kan hati kecil ku sedih mengenangkan mak dan abah sudah tiada dunia. Alangkah baik nya kasih sayang mak dan abah ada untuk membesar kan adik-adik aku sebenarnya. Tetapi DIA lebih menyaangi mereka. tugas sekarang aku lah perlu membesarkan mereka. pukul 6.30 pagi aku perlu bangun untuk bekerja mencari nafkah bagi adik-adik aku. begitulah rutin harian aku sepanjang hari. Tapi aku tidak pernah menyesal kerana ini lah dinamakan ketentuan dari NYA.

Hujung Minggu pula banyak dihabiskan dengan jemputan Fasilitator Alumni UiTM modul Kemahiran Insaniah dari pukul 8.00 pagi sehingga boleh dibawa pada pukul 6.00 petang di merata fakulti. Kadang-kadang juga aku dijemput memberi ceramah Modul di UiTM

Bersama keluarga Besar GPMS Kedah

Menjadi MC ketika bersama Dato Latt Shariman

Antara Tanggungjawab yang perlu dipikul

  • Corporate Affairs NAZA World
  • Lecturer ASTIN, Puchong
  • Pengarah Urusan NA Master Resources
  • Naib Presiden GPMS Parlimen Kuala Kedah
  • Biro Ekonomi Persatuan Alumni UiTM Malaysia
  • Alumni Fasilitator UiTM Malaysia
  • Penceramah Bebas di Jabatan-jabatan kerajaan dan IPT

Bila Dikira balik masa aku sebenarnya banyak dihabiskan di luar berbanding di rumah. walaupun sebenarnya kepenatan melanda 7 hari sehari dalam seminggu. tetapi adik-adik aku merupakan ingatan aku untuk bekerja keras. Siapa lagi sebenarnya hendak membantu aku sekiranya AKU SENDIRI yang perlu buat.Semangat dan doa dari mak dan abah jugalah sebenarnya dimana aku berada sekarang. Akan ku ingat pesanan Azimat mak dan abah..

p/s Masih lagi mencari PA yang sesuai bagi membantu aku.