Wednesday, January 25, 2012

:: Dikau Pergi Meninggal kan aku::

Salam sejahtera bt semua sahabat. Sudah melangkau tahun 2012 kita dengan semangat dan azam yang baru. Dengan Tahun 2012 ini jugalah pelbagai peristiwa yang terjadi pada aku. Sudah Lama juga tidak "mengupdate" blog ini tatkala kesibukan melanda sehingga hari terasa ingin mencoret sesuatu berkaitan insan yang aku anggap merupakan insan istimewa yang telah diberikan oleh NYA pada aku sebenarnya..

Ketika ini aku sibuk menyiapkan beberapa kerja-kerja aku yang aku anggap semakin banyak membebani aku.. tiba-tiba fikiran aku teringat tentang insan ini.. insan ini lah sebenarnya banyak membantu aku dalam urus takbir kerja aku. Beliau merupakan insan bagi aku sangat istimewa di mata aku.. bukan sahaja kerja cepat disiapkan tetapi juga kerja beliau sangat teliti dan kemas.. pinta sahaja kerja apa sahaja yang aku perlukan dari Menghasilkan Slide Presentation untuk Ceramah aku, Kertas Kerja Badan-badan kerajaan sehingga perjumpaan dengan wakil-wakil customer aku.. semua dapat disiapkan mengikut timeline.. ditambahkan pula dengan kecerewatan aku dalam soal kerja tiada kompromi.. dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Tapi kita tidak boleh melawan Takdir yang telah ditentukan oleh NYA...

Peristiwa ini bermula apabila aku dikehendaki ke kedah atas urusan mahkamah. ketika itu juga beliau seringkali menghantar message pada aku mengatakan badan tidak sedap.. aku berpendapat mungkin hanya perasaan beliau shj. sampai sahaja aku di shah alam. kesihatan beliau semakin merundum. terpaksa ditahan di wad Klinik UiTM Shah Alam akibat kekurangan air di dalam badan. aku selesai sahaja kerja-kerja aku ada peluang masa aku akan melawat beliau di wad dan menghantar beliau di rumah seksyen 7.

Tapi satu hari ini merupakan pertemuan terakhir sebelum dijemput illahi.. aku sempat minum bersama bertanya khabar tentang kesihatan beliau. dan pada malam itu jugalah beliau terpaksa dihantar ke Hospital Segamat akibat kesihatan beliau yang sangat teruk sehingga ke pernafasan beliau yang terakhir pada pagi isnin 8.30pagi. Sejurus Mendapat berita tersebut terus tanpa berfikir panjang aku terus bersiap menuju ke labis dari Puncak Alam yang bg aku mengambil masa kira-kira 5 Jam Perjalanan..

Aku sempat berjumpa semua keluarga beliau yang rata-ratanya tidak mempercayai beliau merupakan anak yang memberi keriangan dan sinar pada keluarga nya.. aku sedih sgt tidak dpt bersama beliau ketika sakit di hospital Segamat..


Semoga DIA mencucuri rahmatnya... AL-FATIHAH..

Ya Allah...Kau berikanlah kesejahteraan pada semua insan yang aku sayang, Ya Allah...Ampunilah segala dosa-dosa kami, berikanlah petunjuk dan hidayah mu Ya Allah, hanya kau tempat aku berserah dan meminta perlindungan...tenangkanlah jiwa aku yang resah ini Ya Allah...permudahkanlah jalan ku dengan hidayah mu..