Actually aku terasa diri ini ada sekelumit kebanggaan pada diri aku. Setelah penat berusaha siang dan malam kerja tanpa mengira waktu. Even hujung-hujung minggu pada sabtu dan ahad aku terpaksa mengorbankan masa rehat aku untuk bekerja akhirnya di kala usia muda aku ini lah aku dapat memiliki rumah sendiri. Terasa penat lelah ini terbalas jua.
Semalam 13 September 2012 termeterailah tandatangan perjanjian antara aku dengan Pihak bank yang akan menguruskan rumah idaman aku ini. Sebenarnya sudah lama aku idaman kan rumah ini. hampir sebulan aku memantau rumah ini even 1 atau 2 pagi selepas balik kerja. Tetap hati ini ingin melihat rumah ini. Tapi AKHIRNYA rumah yang selama ini hanya ku pandang jauh sudah aku miliki.
My Opinion rumah ini sangat unik sebenarnya. Rumah Teres 2 tingkat Corner Lot terletak di atas bukit Fasa 2. Dengan keluasan 3889sqf menunjukkan betapa nya tersergam indah di atas bukit. Aku sudah memasang impian rumah ini akan aku renovate satu level atas lagi. Maknanya bangun-bangun pagi sahaja dapat aku mengeliat sambil memandang panorama Puncak Alam diatasnya bagai ala-ala cerita orang putih. dan juga akan ada balkoni di tingkat 3 sambil menghirup udara kambus ala-ala Cameron Highland sambil ditemani secawan kopi jantan. Antara sebab aku memilih rumah ini adalah:
1) Corner Lot
2) Terletak diatas bukit
Pemandangan sisi Teratak aku
Pemandangan sisi Teratak Aku
Ruang tanah yang luas
p/s Jika ada mak dan abah. ingin sahaja diri ini berkongsi dengan mereka.