Friday, May 13, 2011

::13 Mei 2011::


13 Mei 2011 genaplah 3 tahun pemergian mak menemani abah disana.. Aku Berjanji akan aku jaga dan memelihara adik-adik aku sebagai amanah yang tidak terhingga yang diamanahkan oleh mak dan abah.. Minggu ini juga sambutan Hari Ibu berlangsung menambahkan lagi ingatan aku pada mak yang sememangnya kerinduan dihati ini pada mak sangat utuh..

Aku sangat takut dan risau andai kata aku tiada di dunia ini. siapakah yang akan mengambil alih tanggungjawab menjaga adik-adik aku yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang dari ku..  aku selalu berdoa setiap kali solat semoga aku dikuniakan kesihatan yang sempurna demi adik-adik aku..

~ Al Fatihah~

Thursday, May 5, 2011

.::aktiviti ku sepanjang bulan April 2011::.

Allahamdullilah.... kita diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ALLAH skrg. Aku diberi peluang untuk mencoret sesuatu berkaitan aktiviti aku sepanjang bulan April 2011 yang meninggal kan kita.. kadang-kadang masa diberikan oleh NYA tidak cukup bg kita tetapi sebenarnya bila kita menggunakan masa dengan perancangan yang optimum serta betul dan berfaedah.. kita akan mendapati masa yang diberikan oleh nya adalah cukup..

Bulan April ini sebenarnya bagi aku merupakan masa yang padat dengan sisa-sisa pengakhiran semester aku untuk pengajian aku di UiTM. Segala kerja kursus.. Final Exam serta Penyelidikan aku di peringkat submission.

Kita review bersama-sama jadual aku sepanjang bulan April ini..

8hb sehingga 10hb April 2011 Aku menghadiri Program 10 Tahun Fakulti Pemgurusan Maklumat di UiTM Kedah. Banyak sebenarnya perubahan telah berlaku di dalam kampus ini. sekejep sahaja masa berlalu dengan perubahan-perubahan yang sangat pesat. Aku sempat berkongsi pengalaman dengan junior-junior aku yang rata-ratanya masih muda.Program Puncak adalah Majlis Makan Malam FPM yang dihadiri ramai pensyarah-pensyarah FPM.

Program 10 Tahun FPM UiTM Kedah


 Dewan UiTM Kedah 


Berkongsi Pengalama dalam sesi Alumni Talk 2011

Selesai sahaja program di UiTM Kedah.. Aku terus Bergegas balik untuk menyelesaikan sisa-sisa 'Asignment' aku yang belum selesai lagi untuk dihantar pada 11hb dan 12hb 2011.

Pada 15hb 2011 aku bermesyuarat dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Subang bagi program training Company aku. perbincangan yang membawa masa selama 3 jam sangat menyeronokkan.. dengan intipati-intipati yang dibinncagkan supaya program yang dilaksanakan membawa kejayaan dari segi misi dan objektifnya adalah tercapai bersama.


Sesi Hadapan SMK Subang

Pada 16hb dan 17hb 2011 berlangsungnya hari yang ditunggu-tunggu setiap umat pelajar dimana-mana IPT pun. Final exam bermula dengan dua paper berlangsung pada 2 hari berturut-turut.. Paper Information Storage & Retieval serta System Analysis berlangsung pada waktu pagi diselangi hujan lebat beserta guruh..

19hb 2011 Menghabiskan tempahan-tempahan printing yang ditempah oleh pelanggan. setiap tempahan dibuat dengan rapi agar kualiti yang menjadi motto Syarikat tidak terjejas. 

20hb dan 21hb 2011 menghabiskan masa di Kementerian Kewangan untuk menyelesaikan Independent Study untuk dihantar pada hujung bulan April 2011..

22hb 2011 bermesyuarat di Canseleri UiTM Shah Alam bagi program Malam simfoni Kasih Alumni UiTM 2011. Mesyuarat kali kedua ini dihadiri dan dipengerusikan oleh Dato Hjh Aishah dan juga dihadiri Dekan-dekan serta Dato Dr Abdullah. Program ini merupakan program yang meraikan Alumni yang telah berjaya untuk bersama-sama menghadiri majlis Malam Simfoni Kasih Alumni UiTM 2011 serta memberi sumbangan dr Alumni untuk UiTM Bg program destini anak bangsa.

Selepasa selesai sahaja solat jumaat terus aku bergegas ke Hospital UKM untuk mesyuarat bagi pembekal printing baju-baju. 

25hb 2011 diperingkat akhir untuk penghantaran 'asignment' aku di bilik-bilik pensyarah.

26hb 2011 mempengerusikan mesyuarat Syarikat NA Master Resources untuk bulan April 2011.

27hb 2011 Membentangkan program Team Buiding NA Master di Unit Farmasi Jabatan Kesihatan Selangor. 

Pada malam nya menghadiri majlis makan malam pascasiswazah FPM yang berlangsung di De Palma Hotel. Program yang dihadiri Dekan serta Timbalan Dekan dan ketua-ketua program. Program ini turut diserikan dengan ucapan wakil kelas dan nyanyian. tema kuning dan hitan memancorr... Even penat.. semangat tetap ada..

Bersama awekss

Bersama-sama dekan dan ketua-ketua program

bersama-sama classmate IM770 dan VVIP

Dr Meja Utama


28hb 2011 Mesyuarat bersama guru-guru SMK Puncak Alam Bagi Program Kem Anak Soleh dan Genius bagi Tingkatan 1 dan 2 sesi petang. Sebelah petang nya berjumpa Supervisor DR Rusnah bagi Independent Study di Kementerian Kewangan (Progress)

29hb 2011 aku menghadiri program santai bersama Tan Sri Arshad Ayob Penaung Yayasan Budiman. Program ini bertujuan ramah mesra bersama kakitangan UiTM. Turut dihadiri oleh Tan Sri Hamad Kama Piah (Pengerusi PNB), Prof Dato Ir Sahol serta Timbalan nya. Tidak lupa juga Dato Latt yakni bos aku ketika aku berkhidmat di Parlimen Kuala Kedah. Tidak sangka dapat berjumpa dengan beliau yang juga Tugas-tugas Khas YB PM kita di majlis santai ini.

Suasana ketika Majlis Ucapan VC UiTM

Bergambar beramai-ramai (Cuba cari aku dalam gambar ni)

Bersama Dato Latt (Tugas-tugas Khas YB PM ) Sama tinggi sama hensem.. haha.

Beginilah serba sedikit aktiviti aku sepanjang bulan April 2011. Masa itu umpama air pasang surut,tiada siapa yang dapat menahannya. Biarlah Kamu tidak cantik di mata penghuni bumi tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit.

Semoga kita dapat bersama-sama menggunakan masa dengan sebaik yang mungkin. masa yang pergi tidak akan kembali.