Monday, January 7, 2013

:: Kenangan Sepanjang 2012::

HARI ini 7/1/2013
Selangkah kita ketahun baru...
Moga Tahun ini lebih baik dari Tahun 2012
Kenangan yang terindah 2012 kita bawa dengan Senyuman ke tahun 2013
kenangan yang pahit.. Kita tinggalkan ia disana...
Jangan dibawa kenangan bersama air mata itu ke tahun baru ini..

Sebenarnya banyak perubahan yang telah berlaku secara mendadak pada tahun 2012. Pemesatan sangat ketara dengan perubahan hidup yang begitu drastik. setiap titipan doa yang aku mohon pada NYA tidak henti-henti aku bermohon. Aku bersyukur apa yang aku kecapi dan akan melakukan anjakan pradigma pada tahun 2013 ini semoga a better life akan ku kecapi lagi.

Kenderaan kesayangan aku no Plat G1M 1310 

Rumah Corner Lot Puncak Alam dan bakal berubah wajah + Renovation insyaALLAH 2013 ini


Penganjuran Program Futsal Piala Alam Jaya 2012 dirasmikan oleh YB Dr Zulkefli

Menjadi Pengerusi Majlis Ketika Mesyuarat Agong Persatuan Alumni UiTM



Perlantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni UiTM Malaysia


Ala Model (Haha)



DAN YANG PALING PENTING


----




----











Barisan-barisan Tentera yg disayangi 

Segala peristiwa & Aktiviti sepanjang 2012 akan aku update bagi tantapan semua.

p/s : Terima kasih Abah dan Mak membesarkan aku dengan penuh kasih sayang dan cukup Ilmu Agama diberi. I love both of u. 

Friday, November 16, 2012

::WANITA::

Salam bt sahabat-sahabat handai diluar. aku sebenarnya nk update lagu ini. Tapi hari ini baru berkesempatan untuk update untuk sekian lamanya. Lagu judul WANITA yang dinyanyikan oleh kumpulan KRU sebenarnya benar-benar menyemarak di setiap inci di dalam kalbu aku. Bila dihayati setiap bait-bait lagu ini. Ada benarnya. Pada aku bermula nya kehidupan aku disaat dilahirkan sehingga skrg "Wanita" lah yang menjadi tulang belakang aku sebenarnya. ketika aku mengecapi kejayaan dan juga disaat aku jatuh merundum dalam kehidupan semuanya dorongan dari insan bernama "wanita". apabila ada berkesempatan akan aku kongsikan siapa "wanita-wanita" yang banyak menjadi tulang belakang aku. Apa-apa pun kita layan lagu ini




WANITA -KRU


Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu 
Demi insan yang disanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permata

Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah 

Setia didalam ceria dan gundah 
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

Senyumannya mampu mengubati pilu

Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu 
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus

Itulah dia seperti dia menyelimutmu

Itulah saja balasan diminta
Seorang Wanita

Lirik Lagu Wanita - KRU

Monday, October 29, 2012

::Kejohanan Futsal Piala Alam Jaya 2012::

Salam dan apa khabar sahabat sekalian.. Lama benor juga tidak update blog yang semakin bersarang dengan labah-labah ini..

Basically, aku penuh dengan aktiviti hari-hari biasa mahupun dihujung-hujung minggu. Kini aku hendak kongsi sedikit program yang aku anjurkan untuk penduduk Puncak Alam/ Alam Jaya Sebenarnya. Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Futsal ini. Paling tidak lupa kepada barisan staf-staf aku yang bertungkus lumus sehingga lewat malam semata-mata bg mendapatkan penganjuran yang terbaik. Kepada barisan penajaan terima kasih daun keladi.  InsyaALLAH next year aku akan anjurkan lagi bagi menjadikan program ini adalah program Tahunan. Mari kita layan gambar.

 Semua Urusetia dan para pengadil yang terlibat di dalam Kejohanan Futsal Piala Alam Jaya 2012

 Aku melakukan Ucaptama sebelum perasmian Program

 Aku menyampaikan cenderahati kepada YB Dr Dzulkefly B Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)

 Bergambar naib Johan Piala Futsal Alam Jaya 2012

 Pratonton Piala Kemenangan

* Kredit kepada Rekarisma sebagai photographer rasmi Kejohanan



Wednesday, September 12, 2012

:: Teratak Kasih::

Salam bt semua sahabat-sahabat aku yang tidak pernah melupakan aku.

Actually aku terasa diri ini ada sekelumit kebanggaan pada diri aku. Setelah penat berusaha siang dan malam kerja tanpa mengira waktu. Even hujung-hujung minggu pada sabtu dan ahad aku terpaksa mengorbankan masa rehat aku untuk bekerja akhirnya di kala usia muda aku ini lah aku dapat memiliki rumah sendiri. Terasa penat lelah ini terbalas jua.

Semalam 13 September 2012 termeterailah tandatangan perjanjian antara aku dengan Pihak bank yang akan menguruskan rumah idaman aku ini. Sebenarnya sudah lama aku idaman kan rumah ini. hampir sebulan aku memantau rumah ini even 1 atau 2 pagi selepas balik kerja. Tetap hati ini ingin melihat rumah ini. Tapi AKHIRNYA rumah yang selama ini hanya ku pandang jauh sudah aku miliki. 

My Opinion rumah ini sangat unik sebenarnya. Rumah Teres 2 tingkat Corner Lot terletak di atas bukit Fasa 2. Dengan keluasan 3889sqf menunjukkan betapa nya tersergam indah di atas bukit. Aku sudah memasang impian rumah ini akan aku renovate satu level atas lagi. Maknanya bangun-bangun pagi sahaja dapat aku mengeliat sambil memandang panorama Puncak Alam diatasnya bagai ala-ala cerita orang putih. dan juga akan ada balkoni di tingkat 3 sambil menghirup udara kambus ala-ala Cameron Highland sambil ditemani secawan kopi jantan. Antara sebab aku memilih rumah ini adalah:

1) Corner Lot
2) Terletak diatas bukit


Pemandangan sisi Teratak aku


Pemandangan sisi Teratak Aku



Ruang tanah yang luas

p/s Jika ada mak dan abah. ingin sahaja diri ini berkongsi dengan mereka.


Monday, August 27, 2012

::Selamat Hari Lembaran::


Gandingan Mantap dari Kami Sekeluarga 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H

Tuesday, July 10, 2012


Hari ini 11 Julai 2012 genaplah 2 tahun pemergiaan Abah aku. Akan ku semat dalam hati ini janji-janji abah kepada aku.

p/s Rindu dengar leteran abah dan mak

Wednesday, May 30, 2012

Dunia Baru

Salam 1 Malaysia bt semua sahabat-sahabat aku. Agak lama juga tidak ber update blog nie. Dan tidak kurang ramai juga mempersoalkan status blog aku nie. wujud kah? atau tiada idea kah? atau terlalu sibuk kah? all the quaestions around me. aku tahu masih ramai yang mengambil berat about me.

Sebenarnya tatkala masuk tahun 2012 ini banyak berlaku perubahan yang aku anggap sangat drastik. Nak dikatakan kesibukan melanda tidak perlu diungkapkan disini tetapi the most significance how we manage and handle your time. bagi aku anyone yang selalu ungkapkan perkataan sibuk sebenarnya orang yang tidak pandai manage your time.

Bermula nya 16hb Januari 2012 aku bertugas di NAZA yakni Konglemerat yang bagi aku sangat besar. Bertugas di Corporate Affairs di bawah Shohimi Shafie selaku Pegawai Khas Datuk Wira SM Faisal B Tan Sri SM Nasimuddin. sebenarnya tidak banyak beza tugas aku dahulu dengan sekarang. Kebanyakan bermain arahan dan tugas yang tidak menentu. Perlukan pengorbanan masa yang acapkali pulang lewat ke rumah. Kebanyakan perlu diselesaikan masalah diperingkat Menteri dan juga melibatkan pihak Istana Negara.

Ketika program Sidang Media Fiqh Mentaati Pemimpin
bersama YB Dato Dr Abdullah Mat Zin 

Pelepasan Chevrolet Captiva

Pada ketika ini aku juga merupakan Pensyarah Separuh Masa bagi UNITEN berpangkalan di Kolej ASTIN. Akibat masa yang tidak menentu menuntut aku mengorbankan masa antara 8 malam sehingga 10 malam bagi mengajar student Foundation bagi subjek Business IT. Selesai sahaja kerja hakiki aku di NAZA bergegas pula ke kolej bagi meneruskan agenda aku untuk menyebarkan dan menyampaikan maklumat pada para pelajar aku yang rata-ratanya pelbagai kaum.

Selesai sahaja tugas sebagai pensyarah pada pukul 10.00 malam terus aku ke Pejabat NA Master Resources  yang merupakan Syarikat milik aku. Aku akan meneliti setiap kertas kerja, Sebut Harga dan berjumpa customer/client bagi membincangkan harga serta memantau bahagian Operasi dan staff-staff aku. Sebenarnya Syarikat aku baru berpindah dari Shah Alam ke Alam Jaya. So banyak perlu dititik beratkan memandangkan a new evironment have been change. Selain itu banyak tranformasi telah berlaku dengan operasi 100% telah dilakukan dengan permulaan Silkscreen dan heat press turut dilakukan sendiri. dengan itu pertambahan 1 kedai dan 1 lot Pejabat di Alam Jaya milik NA Master Resources. Banyak perkara perlu belajar dari segi management dan operational.

Bersama Rakan kongi merangkap sahabat aku ketika berada di Pejabat Operasi NA Master


Tepat pada pukul 1.00 pagi kadang-kadang sehingga 2 pagi aku akan sampai di teratak aku. melihat adik-adik aku yang masih kecil sudah lama dibuai mimpi membuat kan hati kecil ku sedih mengenangkan mak dan abah sudah tiada dunia. Alangkah baik nya kasih sayang mak dan abah ada untuk membesar kan adik-adik aku sebenarnya. Tetapi DIA lebih menyaangi mereka. tugas sekarang aku lah perlu membesarkan mereka. pukul 6.30 pagi aku perlu bangun untuk bekerja mencari nafkah bagi adik-adik aku. begitulah rutin harian aku sepanjang hari. Tapi aku tidak pernah menyesal kerana ini lah dinamakan ketentuan dari NYA.

Hujung Minggu pula banyak dihabiskan dengan jemputan Fasilitator Alumni UiTM modul Kemahiran Insaniah dari pukul 8.00 pagi sehingga boleh dibawa pada pukul 6.00 petang di merata fakulti. Kadang-kadang juga aku dijemput memberi ceramah Modul di UiTM

Bersama keluarga Besar GPMS Kedah

Menjadi MC ketika bersama Dato Latt Shariman

Antara Tanggungjawab yang perlu dipikul

  • Corporate Affairs NAZA World
  • Lecturer ASTIN, Puchong
  • Pengarah Urusan NA Master Resources
  • Naib Presiden GPMS Parlimen Kuala Kedah
  • Biro Ekonomi Persatuan Alumni UiTM Malaysia
  • Alumni Fasilitator UiTM Malaysia
  • Penceramah Bebas di Jabatan-jabatan kerajaan dan IPT

Bila Dikira balik masa aku sebenarnya banyak dihabiskan di luar berbanding di rumah. walaupun sebenarnya kepenatan melanda 7 hari sehari dalam seminggu. tetapi adik-adik aku merupakan ingatan aku untuk bekerja keras. Siapa lagi sebenarnya hendak membantu aku sekiranya AKU SENDIRI yang perlu buat.Semangat dan doa dari mak dan abah jugalah sebenarnya dimana aku berada sekarang. Akan ku ingat pesanan Azimat mak dan abah..

p/s Masih lagi mencari PA yang sesuai bagi membantu aku.